:: Weekend Activities ::

Assalammualaikum

Ape khabor semua pembaca2 setia blog remaja fasa 1D nie?? Hari nie just nk rumuskan beberapa aktiviti yg telah kite lakukan bersama pada weekend baru2 ini...

15.01.2010
  • Jalan2 di pekan Lumut...
  • Disertai oleh abg.faris, amin, bob & kecik...
  • Kami minum abc dekat tepi pantai, layan!!!
  • Then, ronda2 sekitar pantai sambil melihat gerhana matahari...
  • Tidak lupa juga beberapa gambar yg disnap disini...
16.01.2010

Pada hari sabtu plk, kami plan nk g cybercafe (cc) utk bermain counter-strike... so, kami plan nk g main selepas Zohor, kira2 dalam pukul 2pm... Seramai 10 remaja yg serta dlm game nie... but, kami gerak lain2... first grp yg disertai oleh d'sup, jeli, bulat, chiks, fahmi n mirol gerak dulu ke cc... lg satu grp yg disertai oleh abg.faris, bob, am, kecik n nuar gerak lambat sikit... ini disebabkan am ade urusan perniagaan di Lumut... alang-alang dh ke Lumut, kami sempat lg brgambr di atas 'bkt fraser' sambil melihat keindahan bandar seri manjung... lps tu baru laa kami join yg lain2 dekat cc... layan juga kami main counter-strike walaupn dh lame x main, haha...

17.01.2010

MANJUNG,AHAD: Fc 1D Boyz membuka tirai dalam seri futsal pada 2010 dengan mencatat kemenangan 10-5 menewaskan pasukan 'reserve' Fc 1D Boyz di Gelanaggang Futsal Mp3, semalam.

Dalam perlawanan ini, Fc 1D Boyz menurunkan barisan pemain dan taktik yang baru untuk persaingan pada tahun 2010. Azim Foster diletakkan sebagai penjaga gol yang dibantu oleh Adil Dinand dan Nuar Neville di bahagian pertahanan. Faris Rooney pula dibahagian tengah sebagai playmaker dan Kecik Macheda sebagai penyerang. Dua pemain utama lain bagi Fc 1D Boyz iaitu Bulat Nani & Cobietov tidak dapat bermain kerana mempunyai masalah kecederaan. Untuk pasukan 'reserve' Fc 1D Boyz, Fahmi der Sar yang sebelum ini merupakan penjaga gol utama Fc 1D Boyz terpaksa bermain untuk pasukan 'reserve'. Pertahanan pula dibarisi oleh Adham Hargreaves dan Arip Evra yang beraksi semula setelah pulih dari kecederaan di bahagian jantungnya. Dua pemain import iaitu Jeli Benzema dan Chiks Chicken masing-masing bermain di bahagian tengah dan penyerang.

Perlawanan semalam menyaksikan pasukan 'reserve' mendahalui 3-1 pada awal permainan. Walaubagaimanapun, Fc 1D Boyz bangkit menyamakan kedudukan dan mendahalui 4-3 di separuh masa pertama. Di separuh masa kedua, Fc 1D Boyz terus beraksi dengan cemerlang. 5 gol dari Faris Rooney, 2 gol dari Amir Macheda dan Nuar Neville serta 1 gol dari Aidil Dinand cukup untuk Fc 1D Boyz menewaskan pasukan 'reserve' dengan kemenagan bergaya. Perlawanan berakhir dengan Fc 1D Boyz menewaskan pasukan 'reserve' Fc 1D Boyz dengan jaringan 10-5. - Reporter

Itulah beberapa aktiviti yg kite lakukan dlm hujung minggu baru2 ini.. lps ni korng smua dh mula sebuk dgn persekolahan korng.. abg pn lepas ni nk blk smula ke melaka, cuti sem dh hbs.. insyaAllah kite akan berjumpa lagi.. akhir kate, selamat berlajar dan happy2 selalu... wassalam

-all pictures during this weekend activities can be found here-

Divided We Fall, United We Stand

9 Ulasan & Pandangan:

Unknown said...

nampak macam best jer

aNIe said...

Hmmm....banyaknya jalan2...

Thanks sebab follow blog akak...i'll follow you...

Faris said...

hehe.. biase je.. byk lg aktiviti best2.. thanks 4 following us...

Anonymous said...

ABC! sedap tuuuu.. blanje mai nnt yea? xD

da lame ta jahanam kn compter dgn main counter strike sampai lebam.. windu seyh!

Faris said...

blh2... mai dtng sini.. kite mkn abc & main counter-strike ramai2... hehe

lagenda said...

Salam Ziarah,

Thank kerana melawat blog saya ziarah-ziarah la lagi k

amirul mustaqim said...

haha.abg faris..jom lawan counter lagi...aritue dah kalah..haha...

Faris said...

ek eleh... sape yg kalah????

amirul mustaqim said...

hahaha...abg r..4kali lak tue mati...haha...cicor!!!

Powered by Blogger.