:: Kambing Hitam ::

Assalammualaikum

Alkisah seorang hamba-Nya yang menunjukkan bad result dalam exam.
Dia ada tanggungjawab sebagai dai. Dia tunaikan sehabis cemerlang.
Dia ada tanggungjawab student. Dilihat lemah performancenya.
Dia ditawarkan memikul tanggungjawab penting dalam persatuan dan kelab. Dia terima.
Dia tiada tanggungjawab sebagai pembuang masa. Tapi dia buat.
Result examnya tak elok.

Mana satu yang akan dipersalah? Mana satu yang akan dikambinghitamkan?

Ternyata sang pemerhati akan menyalahkan keterlibatannya dalam dakwah dan tarbiyyah. Rajinnya ke surau menjadi faktor teruknya result exam. 2 jam berhalaqah setiap minggu dijadikan sebab tidak cukupnya masa. 20 minit seminggu bacaan al Qurannya dituduhnya sebagai kerja yang kurang efisien.


Mengapa kita sebegini? Dan apa yang perlu kita betulkan? Perlukah pencarian kambing hitam itu?

Ingatlah wahai dai, wahai muslim
Usahakan untuk menunjukkan contoh yang terbaik dalam tingkah lakumu. Agar menjadi pedoman dan contoh kepada manusia yang lain. Terima segala teguran sebagai suatu medium untuk bermuhasabah dan berubah.

Ingatlah wahai pemerhati
Selidiki sesuatu perkara sedalamnya. Teruskan menjadi penasihat dengan penuh berhikmah. Elakkan berlaku tidak adil.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[al Maidah, 5:8]

Ketika perampas kapal terbang didapati seorang Muslim, kecohlah satu dunia bahawa Islam merupakan agama keganasan.

- shukran to abg.faqih for this artikel -

[ p.s: maaf kpd semua pembaca2 setia blog ini kerana blog ini kurang diupdatekan dgn artikel2 yg baru... ini disebabkan penulis blog ini busy dgn tugasan yg dipikul buat masa ini... InsyaAllah, jika ada masa yg terluang, blog ini akan diupdate dari masa ke semasa... Shukran kpd mereka yg setia dgn blog 1dboyz ini... ]

:: Ekspedisi ke Lata Kinjang ::

Assalammualaikum

Dlm beberapa hari yg lepas, 4 orang jejaka kacak 1dboyz telah melakukan ekspedisi berani mati, hehe... ini kerana mereka berempat sanggup ambil risiko utk mencapai mission yg diinginkan... mission nya adalah pergi mandi manda di lata kinjang, tapah, perak... ianya digelar beranai mati kerana kami berempat bergerak tanpa kawalan pakcik2 yg lbh tua, hehe... so, kami gamble je gerak ke lata kinjang... mereka yg sanggup sahut cabaran dlm mission ini ialah faris, bulat, dinand dan bob... kami gerak dgn sebijik moto dan sebuah wira...

Setelah segala persiapan disiapkan, kami gerak ke lokasi pada jam 730 pagi... disebabkan moto yg dibawa bulat dan aidil tidak boleh pecut laju, maka kami mengambil masa yg lama utk tiba ke lokasi yg ditujui... dlm perjalanan, kami singgah makan pagi di seri iskandar... setelah 2 jam lebih berlalu kami pn tiba di lokasi iaitu lata kinjang... air terjun yg tertinggi di semenanjung malaysia... kot


Kebiasaannya bila kami melakukan ekspedisi air terjun atau pn mandi sungai, mcm2 aktiviti akan kami lakukan... seperti bbq, makan, game dan lain2 lg... but, this time xde sebarang bbq or game pn... ini kerana just kami berempat je yg ke ekspedisi nie... so, kami just mandi kt bwh air terjun tu sambil bergambar... puas gak dpt mandi kat bwh air terjun nie...


Kami lepak di lata kinjang nie sehingga pukul 12 tgh hari... bila sudah puas mandi perut pn berasa lapar... so, next mission ialah jalan2 cari makan... setelah berbincang, kami bercadang utk ke bandar ipoh utk jalan2 cr makan... so, selepas semuanya dah bersiap kami pn bergerak ke ipoh... untuk mencepatkan perjalanan, kami menggunakan lebuh raya utara selatan...

Tiba nya kami di ipoh, kami mencari greentown mall... disebabkan kami semua kurang arif dalam selok belok jalan ipoh, makan kami sesat... cari punye cari, akhirnya sampai jgk kami kt greentown mall nie... kat sini laa kami jalan2 cari makan... kami lunch kt marrybrown... setelah perut kenyang, kami ronda2 kt greentown mall nie... shopping beli barang yg diiningikan... setelah selesai semua, kami pulang ke manjung dalam pukul 4 ptng... kami tiba di manjung dalm 530 ptng... memang satu hari tersebut, kami merayap je... misi berani mati katakan...  memang perasaan masing2 puas dan girang... sekian...

wassalam

:: Manusia Suka Beralasan ::

Assalammualaikum

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Dia boleh la, family dia faham dakwah-dakwah ni.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, tapi family sendiri tunggang langgang tak ditarbiyyah.

Dia boleh la, result exam dia tinggi. Xmacam aku.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, akademik xterjaga.

Dia boleh la, duit dia banyak. Boleh attend program macam-macam.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat, duit asyik tak de je bila aku mintak.

Dia boleh la, masa dia banyak free. Aku banyak benda nak kena buat.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Lepas tu asyik siapkan kerja last-last minute.

Dia boleh la, dia dah kerja. Xsibuk macam student.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Kerja pun xdapat-dapat lagi.

Dia boleh la, budak sekolah agama. Suasana terjaga.
Ala dia tu, dakwah hebat-hebat. Budak sekolah sains jer. Xlayak bagi tazkirah depan orang.
Entah la. Macam-macam alasan yang kita berikan untuk mengelak daripada terlibat secara langsung dengan pengislahan ummat ini. Kerja berat la katakan. Tapi tak mencuba start untuk mulakan training. Jadi macam ni, salah. Dah jadi macam tu, salah jugak.


Kalau orang tu lagi hebat daripada kita, kita rendah diri, rasa xcukup lagi nikmat yang kita ada berbanding diri dia. Kalau orang tu tak hebat macam kita, kita hina dia. Sampai bila la kita nak menjadi seperti ini.


وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الإنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلا
Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Qur'an ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.
[al Kahf, 18:54]

- thanks to saudara Fiq utk artikel yg ini -

p.s: 
nantikan kisah 4 jejaka kacak yg g mandi manda kt lata kinjang dlm post yg seterusnya... so, stay tune with 1dboyz.blogspot.com 

 

:: FC 1D Boyz BBQ Nights ::

Assalammualaikum

Pada 13.03.2010 yg lepas, pasukan bola sepak atau futsal 1dboyz atau lebih dikenali sebagai FC 1D Boyz telah mengadakan BBQ Nights... tujuan bbq nights ini diadakan adalah bersempena menyambut ulang tahun pertama pasukan fc 1d boyz ini yg telah ditubuhkan pada bulan febuari tahun lepas... bbq nights ini diadakan di rumah fahmi aka van der fahmy... kesemua pemain-pemain fc 1d boyz dijemput hadir utk bbq nights ini... menu pada malam tersebut ialah: ayam panggang, ubi bakar, hot dog, nugget tempura, mee goreng, buah-buahan dan juga sirap soda... sungguh meriah sambutan bbq nights ini... berikut adalah beberapa gambar pada bbq nights tersebut:


mahu melihat gambar2 lain semasa bbq night ini? sila la layari website 1dboyz photo corner...

untuk maklumat anda semua, berikut adalah senarai pemain terkini FC 1D Boyz:

Penjaga Gol:
Aidil (5)
Fahmi (1)
Azim (10)

Pertahanan:
Anuar (2)
Adham (3)
Arip (4)
Amin Jeli (trial)

Tengah:
Shuib (9)
Amin Bulat (17)
C'kodok (8)
Amirul (trial)

Penyerang:
Faris (7) -kapten-
Amir (23)
Hayatul Akmal (trial)


:: We Are Back ::

Assalammualaikum

Pertama kali, kami ingin memohon maaf kpd semua pembaca2 setia blog 1dboyz nie kerana blog ini lama tidak dapat diupdatekan... Ini kerana terdapat beberapa masalah teknikal disamping penulis blog ini busy dgn midteram exam dan juga assignments yg perlu disiapkan... Terima kasih kpd mereka yg selalu kunjung ke blog ini dan juga kpd mereka yg blogwaking & klik nuff kt blog 1dboyz nie... Walaubagaimana pun, blog ini akan kembali aktif seperti sedia kala... Kami akan ceritakan kpd anda aktiviti yg telah kami jalankan pd cuti sekolah ini disamping menyebarkan dakwah islamiah dan berkongsi info2 yg menarik... So, stay tune with us!!!

wassalam
 
 

:: Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar ::


Assalammualaikum

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.


Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's (orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar. 


:: Sedarlah Wahai Remaja ::


Assalammualaikum
Ape khabar semua pembaca2 setia blog 1dboyz nie?? Disini kami nk kongsi satu artikel kpd para pembaca2 blog 1dboyz nie... artikel nie memang panjang tapi isi nya memang bermanfaat dan menyedarkan kita semua... so, kami harap anda semua dapat luangkan masa utk baca artikel ini terutamanya para remaja... semoga kite semua memperoleh manfaat dari artikel ini, insyaAllah...
************************************************
Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.
Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).
 
Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.
Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!
Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini. 
Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah...
Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.
Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar? 
Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk2 satu bilik ni, tak buka2. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 org siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks) Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk?
Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 thn paksa boyfriendnya yang baru 12 thn buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi.. 
Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak2 skolah rendah. Dia nampa budak2 ni handphone nye, N-Gage, sabun, daun dan yang lain2 yang mahal2 tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jd ceritanya. Tapi skali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar2 lucah yang ada dlm HPnye. Kawan saya ni terkejut berukla. Tergamam dia di situ. Ni budak2 sekolah rendah!
Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita? 
Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?” 
Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah! 
Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
(surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).
Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Semoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.
Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)
Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54) 
Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?
SEDARLAH...
(p/s : Semua kisah dan contoh yang saya bawakan di atas adalah benar-benar belaka)

:: Kem Kembara Rimba ::

Assalammualaikum

Seperti yg dijanjikan, kami akan menceritakan kpd semua pembaca2 setia blog 1dboyz nie mengenai aktiviti2 yg telah kami jalankan semasa Kem Kembara Rimba di Kuala Woh, Tapah Perak... Kami akan menceritakan dalam bentuk diari... so, mari kite sama2 baca...:

Kem Kembara Rimba
Kuala Woh, Tapah, Perak
25,26 & 27 Feb 2010

25.02.2010
Petang:
Peserta sesi petang berkumpul di Surau An-Nur pada jam 3 petang... Seramai 14 peserta yg bertolak pd sebelah petang nie dgn menaiki kenderaan2 yg disediakan... Sebelum bertolak, segala persiapan barang telah pun diuruskan dan barang2 juga diperiksa supaya semua barang2 keperluan telah dimasukkan kedalam kenderaan2 yg terlibat dan tiada barang2 yg tertinggal...

Kami semua tiba di Kuala Woh dalam jam 430 petang... Tibanya kami disana, semua barang2 keperluan dikemas dan diletakkan di tempat yg sepatutnya... Kami juga mengemas dewan yg disediakan dimana dewan tersebut akan kami gunakan sepanjang program ini dijalankan... Kemudian, kami solat Asar secara berjemaah... Selesai solat, peserta2 dibawa ke chalet masing2 dan mengemas barang2 mereka... Mereka juga boleh berehat dan seterusnya bersiap utk solat maghrib...


Malam:
Kami semua solat jamak Maghrib dan Isyak secara berjemaah yg diimamkan oleh Cikgu Shuhaili... Selepas solat, semua peserta boleh makan malam yg dimasak oleh pakcik Gapar... Menu makan malam nie ialah nasi putih yg berlaukkan udang masak lemak, ikan goreng dan ulam2 serta sambal...

Selesai makan malam, program pertama utk Kem Kembara Rimba nie bermula... Program nya ialah ceramah yg disampaikan oleh ustaz Nasrul... Sebelum beliau memulakan ceramah, kami semua beramai-ramai berselawat kpd junjungan besar nabi Muhammad saw sempena sambutan Maulidul Rasul... Ceramah yg disampaikan oleh ustaz Nasrul bertajuk sifat2 Rasulullah yg perlu kite semua contohi... Ceramah yg disampaikan cukup padat dgn isi2 yg bermanfaat serta diselit dgn lawak2 yang menghilangkan rasa bosan dan mengantuk dikalangan peserta... Habis saje ceramah nie, peserta2 boleh berehat sambil menunggu peserta yg bertolak pada sesi malam...

Pada jam 11 malam, peserta sesi malam pun tiba... seramai 8 orang peserta yg bergerak pada sebelah malam... Setelah semua peserta tiba, mereka semua berkumpul di dewan dan diberi taklimat yg disampaikan oleh cikgu Shuhaili... Selepas mendengar taklimat, program kedua dijalankan... Program nie adalah ice breaking yg dikendalikan oleh abg.faris... Dalam aktiviti ice breaking nie, peserta2 bersuai kenal antara satu same lain... Then, setelah berkenalan meraka bermain satu game yg dinamakan sehati sejiwa... Selesai program nie, semua peserta bolehlah berehat dan tidur di chalet masing2...


26.02.2010

Pagi:
Kami semua bangun pada jam 6 pagi dan bersiap sedia utk solat Suboh secara berjemaah... Solat Suboh pada pagi nie diimamkan oleh ustaz Nasrul... Selesai solat, kami ada kuliah Suboh yg juga disampaikan oleh Ustaz Nasrul... Setelah tamat kuliah Suboh, peserta2 berkumpul di dewan utk mendengar taklimat mengenai program2 yg akan dijalankan sepanjang hari tersebut...

Program pertama yg akan dijalankan utk hari kedua nie, ialah jungle trekking... Sebelum kami memulakan jungle trekking, semua peserta perlulah warm-up agar tidak ade sebarang kecederaan semasa jungle trekking dijalankan... Selepas warm-up, peserta akan bersarapan pagi dan bersiap sedia utk memulakan jungle trekking...

Tepat jam 9 pagi, program jungle trekking pn bermula... Kami dibawa oleh dua orang asli yg ditugaskan utk membawa kami masuk ke dalam hutan... Malah, bukan sekadar remaja2 saje yg serta dalam jungle trekking nie, terdapat beberapa orang pakcik juga turut serta dalam jungle trekking nie...

Pada permulaan jungle trekking nie, kami melalui sebuah perkampungan orang asli disini... Rumah mereka dibuat dari batang buloh dan beratapkan daun nipah je... but, majoriti dari mereka ni ade Astro!! Then, kami teruskan perjalanan kami dengan lebih mencabar... Pendakian bukit yg dibawa sungguh memberi cabaran kpd kami... Malah, kami perlu turun melalui curam-curam yang agak berbahaya... Pelbagai flora dan fauna dapat kami lihat sepanjang perjalan ini... Keletihan kami hilang apabila kami berhenti dibeberapa lokasi air terjun yg cukup menarik... Air terjun ini hanya dapat dijumpai oleh mereka2 yg tertentu saje... Air sungai yg mengalir disini juga sugguh jernih dan bersih sehingga boleh diminum... Kami semua sungguh seronak dan puas mandi di air terjun ini... Setelah 4 jam kami trekking dalam hutan nie, akhirnya kami keluar jugak dr kawasan hutan yg dibawa oleh dua orang asli tersebut...

Kami tiba di kawasan chalet pada jam 130 tgh hari... Semua peserta solat jamak Zohor dgn Asar berjemaah dan kemudian makan tgh.hari... Menu lunch kami ialah nasi ayam... Sedap dan lazat masakan yg disediakan oleh pakcik Gapar nie... Lepas makan, semua peserta berehat sebelum memulakan program yg kedua pada hari tersebut...


Petang:
Setelah puas berehat, kami akan memulakan program kedua pada hari tersebut... Program ini adalah absailling dan juga flying fox... Sebelum memulakan aktiviti2 nie, kami diberi taklimat yang disampaikan oleh pakcik Halim dan geng2 PASKAL beliau... Semua peserta perlulah bersedia dengan perkakas yg disediakan agar tidak ade sebarang kecederaan berlaku semasa aktiviti2 ini dijalankan...

Kami memulakan program kedua nie dengan aktiviti absailling... Disebabkan peralatan yg disediakan terhad, maka peserta2 perlu lah menunggu giliran masing2... So, lima orang peserta pertama dibawa ke lokasi absailling... Peserta yg pertama turun dulu adalah amir, diikuti oleh abg.faris, fahmi, bob dan aidil... Aktiviti nie melatih kami supaya tidak takut pada tempat tinggi dan memupuk sifat berani dikalangan peserta...


Bak kate pepatah, kami yg merancang, Allah juga yg menentukan segala-galanya... Tidak disangkakan hujan turun dgn lebat pada sebelah petang... Ini menyebabkan aktiviti absailling dan flying fox terpaksa diberhentikan... Perasaan kecewa kepada peserta2 kerana tidak dapat melakukan aktiviti absailling dan flying fox ini... Walaubagaimana pun, kami mengisi masa yang ade ini dengan bermain bola sepak dalam hujan yg lebat... Sangkaan awal hanya remaja2 saje yg bermain, tetapi pakcik2 juga turut serta dalam permainan bola sepak nie... Pelbagai gelagat dan skil2 dapat dilihat daripada para remaja dan juga pakcik2...

Malam:
Kami teruskan program seterusnya pada sebelah malam plk... Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak secara berjemaah, kami mendengar ceramah yang kedua pula... Ceramah kami nie disampaikan oleh ustaz Huri... Tajuk ceramah beliau ialah sejarah Rasululluah saw... Melalui isi2 yang disampaikan, kami semua dapat mengetahui dengan lebih detail tentang biodata nabi Muhammad saw... Selesai ceramah, kami ade bbq utk malam tersebut... Semua peserta makan dengan puas pada malan bbq ini... Menu bbq adalah ayam panggang, sosej, nugget dan juga bihun goreng... Sungguh sedap dan lazat sehingga menjilat jari...


Setelah semua kenyang, kami teruskan aktiviti malam ini dengan beberapa game yg dikendalikan oleh abg.fadil dan abg faris... Game yg pertama dinamakan pemberita berkepala empat... Dalam game nie setiap kumpulan akan diberi tajuk dan perlu ceritakan bedasarkan tajuk yg diberi... Setiap sorang hanya boleh sebut satu patah perkataan saje... Game nie menguji tahap kreativiti setiap peserta... Game kedua pula ialah sketsa soal-menyoal... Dalam game nie, wakil setiap kumpulan akan berdebat antara satu same lain... Tetapi mereka hanya boleh kemukakan ayat yang berbentuk soalan sahaja... Jika salah seorang menjawab soalan yang ditanya, peserta tersebut dikira kalah... Game yang terakhir pulak ialah salesman... Dalam game nie plk setiap peserta akan memilih barang yg diberi dan akan membentang fungsi barang tersebut mengikut tajuk yg ditetapkan... So, tajuk yang dipilih ialah menjual ubat di tepi jalan... Game nie memberi confedent kpd peserta utk bercakap di depan penonton... Selain itu juga, mereka perlulah berfikir dengan kretif utk menarik perhatian penonton...


Selesai game2 yang dijalankan, peserta2 bolehlah pulang ke chalet masing2 dan berehat... Tanpa disangkakan, kami dikejutkan pada jam 1 pagi untuk program jati diri... Program ini adalah yg paling mencabar kerana ianya menguji tahap keberanian kami... Program ini diketuai oleh pakcik Halim dan pakcik2 yang lain... Ape yang perlu kami buat, setiap peserta akan dilepaskan seorang-seorang utk masuk kedalam hutan... Then peserta perlu lah mengikut laluan yg disediakan sehingga ke kawasan penamat... Sepanjang perjalanan, tahap keberanian kami betul2 diuji... Suasana yg gelap dan bulan mengambang benar2 menakutkan kami semua... Ade beberapa peserta yg menjerit, berpeluk kerana ketakutan dan ade juga yang melatah sehingga mebuka langkah silat... Walaubagaimana pun, kami semua berasa seronok dan berpuas hati dgn aktiviti ini kerana ianya dapat membentuk tahap keberanian kami...

27.02.2010

Pagi:
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Kem Kembara Rimba ini... Pada sebelah pagi kami ada kuliah Suboh yang disampaikan oleh ustaz Huri... Selepas itu, peserta2 akan bersarapan pagi... Menu sarapan pagi ini ialah mee goreng, bihun goreng dan teh tarik... Then, kami semua bebas melakukan aktiviti utk hari ini...

Jadi, untuk melepaskan segala kepenatan kami, kami pergi mandi sungai puas... Air sungai nya sungguh nyaman dan menyegarkan kami... Terdapat juga kawasan air panas sekitar sungai tersebut... Semua peserta melepaskan kepenatan dengan bermandi manda disini...


Setelah puas mandi sungai, kami semua bersiap untuk pulang... Peserta2 dikehendaki mengemas barang masing2 dan juga chalet yg diduduki... Selesai kemas, semua peserta berkumpul di dewan... Di dewan, cikgu Shuhaili mengagihkan tugas kepada kumpulan2 utk mengemas kawasan dewan... Apabila dewan sudah dikemas, majlis penutup dijalankan... Ucapan penutupan disampaikan oleh cikgu Shuhaili... Kemudian kami bergambar beramai2... Setelas selesai semua, kami bertolak pulang ke Manjung pada jam 12 tgh hari...


Sekian, itulah diari Kem Kembara Rimba kami... Diharapkan semua pembaca terhibur dengan gelagat2 kami sepanjang program ini dijalankan... InsyaAllah program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dengan aktivit2 yg lebih mencabar.... Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Kem Kembara Rimba ini... Jumpa lagi pada program yg akan datang... Wassalam...

More exciting pictures at 1D Boyz Photos Corner  


Powered by Blogger.