:: October Activites ::

Assalammualaikum

 Pe kabor semua?? xde pe2 nk ditulis sebenornye, just nk habaq beberapa gambor telah diletakkan di photo corner kite... antara gambor-gambor yg ade ialah:

Gambor Futsal (18.10.09)
Gambor kite menebas rumput utk pembinaan stadium 1d boyz (x siap lg, in progress)
Gambor time gotong-royong surau kite (25.10.09)
Dan beberape gambor2 lain (random pictures)

So, kalau nk lihat gelegat2 kami, lawatilah 1D Boyz Photo Corner

Wassalam

:: Fc 1D Boyz vs Real Underground Fc ::


Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...
Selamat datang ke Gelanggang Futsal Mp3 utk menyaksikan perlawanan persahabatan yg begitu hebat & menarik di antara Fc 1D Boyz menentang Real Underground Fc. Sedikit lata belakang mengenai kedua-dua pasukan. Fc 1D Boyz adalah sebuah kelab yg ditubuhkan di bawah 1D Boyz/Biro Remaja Fasa 1D dan mereka merupakan juara bertahan 5 tahun berturut dlm kejohanan futsal 1D. Selain itu, Fc 1D Boyz adalah juara dunia overage bagi tahun 2009 dan telah mewakili planet Bumi ke kejohanan futsal Bima Sakti. Walaubagaimanapun, mereka hanya mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut tewas kepada alien2 dari planet Pluto. Bagi pasukan Real Underground Fc, nama pasukan ini tidak asing lagi dalam dunia underground. Mereka adalah juara negara & asia dalam futsal underground. Itulah serba sedikit latar belakang mengenai kedua-dua pasukan.
Yaa, nampak nya para pemain bg kedua-dua pasukan telah bersedia utk masuk ke gelanggang. Sebelum perlawanan dimulakan, mari kite lihat line-up bg kedua-dua pasukan. Bagi Fc 1D Boyz, di gawang gol mereka menurunkan GK no1 mereka iaitu Van Der Cipan (1). Di barisan pertahanan, suku-sakat kaum ferdinand, iaitu Aidil Ferdinand (5) dan partner nya adalah Bulat Nani (17). Midfield mereka pula juga merangkap playmaker adalah Dimitar Cobie-tov (9) dan striker adalah Faris Rooney (7). Pemain simpanan mereka seorang saje iaitu Nuar Neville (2). Dua pemain lain bg Fc1D Boyz iaitu Am Hargreaves (4) diloankan kepada pasukan Mahad & Arip Evra (3) injured di jantung nya. Line-up bg pasukan Real Underground Fc pula, panjaga gol mereka ialah Bob Foster (10) yg diimport dari Fc 1D Boyz. Dua adk beradik yang tidak diasingkan lagi bermain di bahagian defend iaitu Kaka Desup & Jeli Benzema. Bahagian seranggan mereka diterajui oleh Chik Alonso & seorang atau seekor pemain yg cukup hebat di zoo iaitu Tapir Raul. Pemain simpanan mereka adalah Atoi Ramos.
Pritttt, pengadil meniup wisel memulakan perlawanan diantara Fc 1D Boyz menentang Real Underground Fc. Sepak mula dimulakan oleh pasukan Real Underground Fc, through pass yg cantik dari Tapir Raul kpd Jeli Benzema melepasi defend Fc 1D Boyz, Aidil Ferdinand dan cubaan dari Jeli Benzema.... Gooollllll!!! 1-0 pasukan Real mendahalui. Giliran 1D utk membuat seranggan. Bulat Nani mengelecik Chik Alonso dan passing kpd Dimitar Cobie-tov.. Cobie-tov membawa bola menuju gol, dan cross yg cantik kps Faris Rooney utk tap-in menuju ke gawang gol, Golllll!!... 1-1... Seterusnya dua counter attack yang cantik dari Real membuahkan hasil apabila kedua-dua counter attack ini menghasilkan gol. Sekali lagi Jeli Benzema menyumbat gol dan gol ketiga Real dijaringkan oleh Atoi Ramos. Nampaknya pasukan 1D cuba bermain dgn lebih kemas dan teratur. Hasilnya mereka dapat menyamakan kedudukan melalui Aidil Ferdinand & Bulat Nani. Perlawanan terus dikuasai oleh 1D. Pasukan Real nampaknya banyak bertahan dan serangan mereka kali ini di membuahkan hasil. Akhirnya 1D mendahalui dgn jurang gol yg jauh. Aidil Ferdinand menjadi pemusnah kpd pasukan Real. Beliau menyumbat begitu byk gol sekali. Walaubagaimanapun, penjaga gol Real yg dipinjam dr 1D juga bertindak cemerlang dgn melakukan aksi-aksi dive yg menggegar dunia sehingga 5 skala ritcher. Beberapa kesilapan dari penjaga gol 1D, Van Der Cipan juga membawa padah kpd pasukan 1D. Beberapa gol daripada Kaka Desup, Chik Alonso & Tapir Raul dapat dijaringkan. Walaubagaimana pun, 1D terus mendahalui. Setting yg cantik dr Faris Rooney untuk Aidil Ferdinand yang menyepak volley terus ke bucu gawang gol. Nuar Neville juga menyumbat beberapa gol juga. Sungguh hebat dan menarik perlawanan ini. Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yg begitu hebat. Setelah 60minit bermain, perlawanan ditamatkan dgn 1D menang dgn jaringan....... tak tau laa berapa sebab scoreboard rosak.
Begitulah ulasan daripada saya, Hasbullah Wang Kutip Wang. Semoga kite berjumpa lagi pada perlawanan akan datang. Sekian dari saya untuk tv-0. Majulah sukan untuk agama, bangsa dan negara. Wassalam....


Thank to all for this game...

Beautiful, Skillful, Teamwork, Ole!!

:: Release Tension ::

Assalammualaikum

Anda tension?? Mari kita baca beberapa cerita lawak dibawah untuk me-release-kan tension kita...

Cerita 1

Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika, seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi... .bip... bip... .bip... . Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, "Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set... ." Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.

Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga.
panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp... "

Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian... "Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni... ?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya... "kertas apa yang terjuntai kat celah tu... ?"

Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer... ."Oh saya baru terima Fax... ... "

Cerita 2

Sebuah Kereta Kancil.... Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."Aa rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "orait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam". "Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalan la..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah skyline datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar skyline nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju....sebuah skyline,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye........ sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!'

Cerita 3

1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

Tu je lah beberapa cerita lawak yang boleh dikongsikan. Semoga tension anda terubat. Wassalam...

:: Majlis Makan Malam di Lumut ::

Assalammualaikum

Pertamanya ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada pakcik Gapar & pakcik Rashidi kerana sudi belanja kami makan malam ini. Actually, majlis makan ni diadakan kerana ingin memberi penghargaan kepada beberapa ahli 1D Boyz yang sudi tolong-menolong dalam menjayakan majlis hari raya fasa 1D. Mereka yang terlibat adalah abg.faris, d'sup, bulat, dinand, mirul, fahmi, bob, c'kodok, aman, jeli & arip. So, majlis ini diadakan di Restoran Ikan Bakar Teluk Batik. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Ini adalah gambar2 pada makan malam tersebut:



As usual, more pictures at 1D Boyz Photos Corner

:: Jamuan Hari Raya Fasa 1D ::

Assalammualaikum

Pada 11/10/2009, jawatankuasa Surau An-Nur Fasa 1D & Krt-7 (serta 1D Boyz: tolong setting & kemas2) telah mengadakan Jamuan Hari Raya Fasa 1D. Jamuan ini diadakan di tapak pembinaan Surau An-Nur (depan umah atok). Jamuan bermula pada jam 930 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan kita iaitu setiusaha ahli politik diikuti dengan ajk tertinggi Surau An-Nur. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis diikuti dengan ucapan ringkas daripada pengerusi surau & tetamu jemputan dan diakhiri dengan tazkirah & bacaan doa daripada ustaz surau kita. Selesai sahaja bacaan doa, para tetamu semua dijemput untuk menjamu selera. Antara menu pada jamuan ini ialah nasi impit, ketupat, rendang, mee kari dan lain-lain lagi (makanan biasa bila time raye je ade). Alhamdulillah, jamuan ini dapat diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau bukan secara langsung. Semoga jamuan raya ini dapat diadakan pada raya akan datang, insyaAllah... Berikut adalah beberapa gambar ketika jamuan ini dilangsungkan:




More pictures at 1D Boyz Photo Corner

Sorry sebab banyak gambar time jamuan raya nie tak dapat di upload kan di blog 1D Boyz ini
adalah disebabkan saiz gambar yg diambil oleh camera fahmi terlalu besar.
So, gambar2 lain ade di 1D Boyz Photo Coner!!

:: Perbezaan ::

Assalammualaikum

Mari kita lihat dua gambar dibawah dan cari perbezaan antara dua gambar ini :


Gambar 1


Gambar 2

Gambar 1 diambil pada tahun 2005 iaitu tahun pertama kita menjalinkan ukhwah persahabatan manakala gambar 2 pula diambil pada tahun 2009 dimana sudah 5 tahun kita berkenalan, menempuh onak & duri bersama. Kedua-dua gambar ini diambil di tempat yang sama iaitu rumah abg.faris. Antara perbezaan yang terdapat pada dua gambar ini adalah :

1) Ada beberapa kawan kita di gambar 1 membawa haluan sendiri seperti heli, lauk & wan. Tapi kita digantikan dengan kawan yang baru di gambar 2 iaitu abby, kuning, bob, c'kodok.
2) Cuba perhatikan muka dinand, nuar (termasuk bulat & cipp, walaupun gambar dorng takde kat gambar2), banyak perbezaan kan??
3) Perhatikan di sebelah kiri gambar 1 ada sebuah sangkar kayu, itu adalah rumah simba pada tahun 2005. Rumah simba sekarang besar mana?? hahaha... (simba adalah maskot 1D Boyz @ kucing favorite cobie)
4) Muka yang tidak banyak berubah adalah am (makin tinggi), mirul (same je, mcm x matang pn ada), cobie (memang tak pernah berubah), jeli di gambar 2(ini pn same je dr segi muka / perangai), dll...
5) Kat gambar 2 ada beberapa 1D Boyz senior members seperti abg.fadil, abg.topek, khairi, abg.faris, manakala murshid & din di gambar 1.

Ini adalah beberapa perbezaan yang abg dapat cari. Yang lain korang cari la sendiri, haha...

Wassalam

:: What Type of People Are We ::

All Praise be to the one who Created us;
There are some who make His existence a fuss;
Those who disbelieve in Him,
they are in Loss;

In this life we have a test;
The question: whose fear of Allah is the best?
To worship him is our quest.

Time and Time again we are faced with situations;
In which we must make tough decisions;
Fools are we, we think we're so smart;
shaytan attacks us with many ideas like darts;
According to him, we plan and chart;
Not knowing that he is poisoning our hearts;
The time comes when we realize the mistake in our Parts;
One last chance!,
for some the tauba starts;
 
Even still,some don't ask of His Forgiveness;
They don't realize that they're in a big mess;
Never do they ask of Allah's Mercy;
They have eyes, but can they really see?;

There are also the righteous however;
Forget to ask Allah?, NEVER!;
They ask Allah in every endeavor;
To help them as part of His Favor;

Then, even if they are affected by Shaytans call;
They are not hurt by the hard fall;
They quickly get back up, standing tall;
Racing to gain forgiveness from The Merciful;
Allah promised to answer the caller's call;

Take a lesson from the fitra of the child;
With the lesson of walking they are trialed;
Yes, they do fall, but they are not beguiled;
They get back up and take a step;
Maybe again they accidentally trip;
But they stand up again and get a grip;

More and more steps take place;
Before you realize it, they are walking with so much grace;
An example for us, as we grow in our age and Deen;
Like the baby, hard challenges we have seen;
As the baby walks with so much grace;
We should also pick up our pace;

We are travelers, there is no question;
To Allah is our ultimate destination!
May the Prayers and blessings of Allah be on His beloved;
and on the companions who prayed and strived;
That the Deen of Allah might be carried on to those who came later;
On high thrones will they be raised in the hereafter.


:: Kartun - Fail Exam ::

Assalammualaikum



Wassalam

:: Resepi Belajar (especially PMR students) ::

Assalammualaikum

RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:
1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.mangkuk kerajinan
4.hiris keinsafan
5.keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:
1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/S to: Aidil, Mirul, Amin, Fahmi, Fauzi

Sekarang giliran adik2 kita di form 3 pulak untuk menduduki peperiksaan iaitu PMR yg akan bermula pada 7/9/09 hingga 13/9/09. So, mcm mane adk2? korng dh betul2 ready ke nk ambik pmr nie?? Ape2 pun, abg doakan adik2 kite nie & semua students yg akan mengambil pmr di Malaysia akan mendapat menjawab soalan dgn tenang & tepat serta mendapat keputusan yg cemerlang. Istiqamah dgn amalan kite, bukan saje sebelum pmr, malah lepas pmr juga... InsyaAllah korng akan dpt keputusan yg cemerlang, GooD LucK all....


 Wassalam

Powered by Blogger.