:: Review 2009 & Preview 2010 ::

Assalammualaikum

Setelah masuk tahun 2010 ini, apa kata mari kita imbas kembali apa aktiviti atau peristiwa yang telah dijalankan oleh para remaja fasa 1D atau lebih dikenali sebagai 1D Boyz sepanjang tahun 2009.

Penubuhan FC 1D Boyz

Pada awal Januari 2009, satu pasukan futsal/bola sepak telah ditubuhkan oleh abg.faris untuk menyaingi pasukan2 futsal/bola sepak sekitar daerah Manjung ini. Antara pencapaian Fc 1D Boyz ini adalah:
Johan Pertandingan Futsal Surau An-Nur
N/Johan Kejohanan Futsal Fasa 1D
Selain itu, Fc 1D Boyz juga ada menyertai beberapa kejohanan luar di peringkat daerah Manjung. Secara rasminya, terdapat 12 orang pemain Fc 1D Boyz. Berikut adalah senarai pemain Fc 1D Boyz:
Gol keeper: Fahmi, Azim(bob)
Defends: Aidil, Anuar, Adham, Arip
Midfields: Shuib, Amin(bulat), Aiman
Strikers: Faris, Amir(kecik), Akmal



Pertandingan Futsal Surau An-Nur (Januari & Disember)

Terdapat dua kejohana futsal yang dijalankan pada tahun 2009. Kejohanan pertama diadakan pada bulan Januari dimana pasukan Fc 1D Boyz menjadi juara manakala pada kejohanan kedua iaitu pada bulan Disember, pasukan Tapir Fc(a) telah menjadi juara. Kedua-dua kejohanan ini dikendalikan oleh pakcik Ridhwan dan dijalankan di gelanggang futsal uncle zam. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan futsal ini.



Perkhemahan Remaja Di Lata Kekabu

Pada cuti sekolah pertengahan tahun iaitu pada bulan Jun, satu aktiviti perkhemahan remaja telah dijalankan. Aktiviti ini adalah dibawah naungan Biro Pembanggunan Remaja Surau Annur Fasa 1D dan di-sponser-kan oleh KRT 7. Perkhemahan ini dikendalikan oleh abg.fadil, abg.topeq dan abg.faris dan dijalankan di Lata Kekabu, Lenggong. Selama 3 hari 2 malam aktiviti perkhemahan ini dijalankan. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga telah kami jalankan sepanjang perkhemahan ini.



Majlis Berbuka Puasa 1D Boyz

Semasa bulan Ramadhan tahun 2009, satu majlis berbuka puasa untuk remaja-remaja fasa 1D telah dijalankan di Ochard Inn, Lumut. Kesemua remaja-remaja yang telah lama dan rapat bersama 1dboyz ini dapat hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Majlis berbuka puasa ini dikendalikan oleh abg.faris yang dibantu oleh azim dan adham.



Jamuan Aidilfitrl 1D Boyz

Sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2009, satu jamuan raya khas untuk remaja-remaja fasa 1D telah diadakan pada bulan Syawal yang lepas. Jamuan raya ini dilangsungkan di rumah no81, fasa 1D2. Pelbagai juadah dihidangkan pada jamuan raya 1dboyz ini.



Marina Waterpark

Pada awal musim cuti sekolah bermula, beberapa remaja 1dboyz telah mengadakan aktiviti ke Marina Waterpark, Teluk Batik, Perak. Aktiviti ini dijalankan oleh abg.topeq dan abg.faris. Aktiviti ini dijalankan sebagai satu aktiviti mengisi masa lapan yang ada semasa cuti sekolah. Di Marina Waterpark ini, kami bukan sahaja bermandi-manda malah bermain sukan bola air sekali.



Trong Waterfall Adventures

Pada penghujung musin cuti sekolah tahun 2009, satu aktiviti lasak telah dijalankan oleh 1dboyz. Aktiviti tersebut adalah menerokai air terjun trong atau dikenali sebagai Trong Waterfall. Air terjun ini terletak di kawasan bukit sekitar pekan Trong. Kami mengambil masa 1jam30 min untuk tiba ke air terjun tersebut termasuk menuruni 300 buah anak tangga. Keletihan kami berakhir sebaik sahaja tiba di air terjun tersebut. Air terjun ini sungguh indah dan terdapat tempat mandi yang bersesuaian dengan apa yang kami inginkan. Kami juga mengadakan BBQ disini. Tahniah kepada semua yang berjaya sampai ke Trong Waterfall ini.



Itulah antara aktiviti atau peristiwa yang kami lakukan sepanjang tahun 2009. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2009.

Sekarang, mari kita preview antara beberapa aktiviti, program atau idea untuk tahun 2010 pula.
Antaranya ialah:

Perkhemahan Mega Remaja di Kuala Woh
Tarikh: 25-27 February 2010

Logo & t-shirt rasmi 1D Boyz

More waterfall adventures will be explore
Time: School holidays


Jamuan Ulangtahun pertama Fc 1D Boyz
Tarikh: February

Pertandingan Futsal 2010

and more other activities


Itulah sebahagian preview aktivti-aktiviti yang akan kami jalankan pada tahun 2010 ini. InsyaAllah banyak lagi aktiviti-aktivti lain yg akan kami jalankan. Sentiasalah lawati blog kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang akan kami lakukan sepanjang tahun 2010 ini.

Be Part With Us, 1D Boyz Forever!!

Wassalam

0 Ulasan & Pandangan:

Powered by Blogger.