:: Majlis Berbuka Puasa ::

Assalammualaikum
Alhamdulillah, segala perancangan yang abg buat dapat dijalankan dengan sempurna. Memang dari dulu lagi abg berhajat ingin mengumpulkan kita semua pada suatu majlis. Akhirnya berjaya juga. So, pada 29 Ogos 2009, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Orchid Hotel, Lumut. Tujuan majlis ini adalah untuk mengumpulkan ahli2 1D Boyz disamping mengeratkan hubungan siratulrahim sesama kita.
So, kami bertolak ke hotel tersebut pada pukul 7.05 pm dengan dua buah kenderaan. Sebaik saja tiba disana, kami terus saja berbuka puasa. Juadah yang dihidangkan tidak lah banyak seperti hotel 5 bintang, tapi masakan nya sedap dan istimewa. Antara juadahnya ialah: nasi, ayam goreng, rendang daging, udang, tomyam, kuih-muih, buah-buahan dan banyak lagi. Selesai saja berbuka, kami solat Maghrib di bilik yang disediakan. Selepas solat, ade yang sambung makan atau minum. Sebelum pulang, kami bergambar beramai-ramai di depan hotel. Ini adalah antara beberapa gambar-gambar menarik semasa majlis ini:
-
 
 

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir & menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini akan dapat kita jalankan pada masa yang akan datang.

Wassalam...
Thanks to bob serta am & dinand yg tolong abg jayakan majlis ini...
Thanks too to pakcik Gapar coz sudi bg pinjam unser beliau... 
Gambar lain pd majlis ni blh ambk kt abg atau pun kt bob...

:: 1D Boyz @ Ramadhan ::

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, hari ini telah masuk 10 Ramadhan. Kita sekarang berada minggu kedua di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini sama-samalah kita memperbanyakkan amalan-amalan yang mulia dan mengurangkan atau tidak melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa. InsyaAllah....
Oleh itu, beberapa program telah disusun oleh Biro Pembanggunan Remaja & Belia untuk 1D Boyz sepanjang Ramadhan ini. Program yang dijalankan sepanjang Ramdhan ini ialah tadarus Al-Quran tiap-tiap malam selepas solat Tarawih. Tadarus Al-Quran ini dikendalikan oleh cikgu Shuhaili. Program mingguan pula ialah qiamullail pada setiap sabtu. Semasa program ini, remaja-remaja akan tidur di surau dan bangun untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. Program ini juga dibawah cikgu Shuhaili dan abg.Faris. Selain itu juga, 1D Boyz turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa. Maklumat lanjut untuk majlis ini akan dipost kemudian.

Wassalam...
--------------------------------------------------------------------------------------
Gambar-gambar 1D Boyz @ Ramadhan:

:: Buli Sampai Bila Kesudahannya ::

Renungan bersama:-

Assalammualaikum...
Perkembangan mutakhir telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda negara kita berhubung dengan disiplin para pelajar di negara ini. Perbagai pihak telah memberikan pandangan berhubung dengan perkara ini, dan tidak kurang juga yang memberikan alasan-alasan mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan para pelajar terutamanya yang berada di peringkat sekolah menengah.

Apa yang pasti ialah rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan musibah keruntuhan akhlak di kalangan para pelajar kita. Dan pastinya juga pelbagai persoalan timbul di benak fikiran kita. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibubapa dan keluarga? Sejauh manakah keprihatinan pemimpin dalam soal ini? Bagaimana pula reaksi institusi agama dalam menanganinya?

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja khususnya para pelajar ekoran berlakunya kes-kes buli yang dahsyat dan juga kewujudan kumpulan-kumpulan samseng di sekolah-sekolah sejak sekian lama sehingga kini cukup memilukan hati kita semua, kerana ianya menggambarkan betapa biadap dan runtuhnya disiplin dan akhlak segelintir daripada golongan pelajar kita, terutamanya di kalangan pelajar-pelajar yang beragama Islam.

Laporan terkini di dada-dada akhbar mengesahkan bahawa dalam bulan Februari 2009 sahaja sudah ada tiga kes buli yang dilaporkan dengan satu daripadanya menyebabkan kematian. Kematian adik Mohd. Hadzrin Mohamad, di Cheras pada 21 Februari lalu setelah koma lapan hari akibat dipukul oleh sekumpulan 24 orang remaja adalah satu kes yang cukup menyayatkan hati kita semua. Sementara itu di salah sebuah sekolah di Mukah, Sarawak pula peristiwa buli yang berlaku dirakamkan dan disiarkan ke dalam internet. Malah banyak lagi kes-kes buli yang berlaku yang kita pasti tidak dilaporkan kerana takut perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Jika kita mengimbau kembali kes-kes buli yang pernah berlaku di negara ini, mungkin akan segar kembali ingatan kita kepada kes buli yang menimpa adik Muhamad Afiq seorang pelajar di sebuah sekolah di Kuala Lipis yang menghadapi risiko lumpuh sepanjang hayat dipercayai akibat dipijak dibelakangnya dengan kasut polis kadet serta dihentak badannya ke almari. Begitu juga dengan kes adik Mohd. Hafizi Jumhari, seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Batu Pahat yang kehilangan sebelah buah pinggang, kecederaan di hati, limpa, hempedu dan pundi kencing akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar pada tahun 2003. Lebih malang lagi apabila kes buli yang turut menyebabkan kematian seorang pelajar bernama Mohamad Farid Ibrahim hanya kerana enggan meminjamkan alat pemanas air, beliau diperlakukan seperti binatang dan dibelasah dengan kejam sehingga mati.

Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan perbuatan mereka terkeluar dari jangkaan kita yang waras. Sekolah seolah-olah bukan lagi tempat yang selamat untuk para pelajar. Kalau dulu sekolah dapat berperanan di dalam memberi perlindungan kepada para pelajar daripada keganasan, namun kini persekitaran di sekolah mendedahkan mereka kepada keganasan di mana mereka juga akan mempelajari keganasan. Mereka terdedah kepada hukuman di dalam bentuk fizikal dan hukuman di dalam bentuk psikologi yang agak kejam dan memalukan, serta keganasan yang berdasarkan jantina dan berbentuk seksual, dan sebagainya.

Menurut kajian gangsterism di sekolah menengah harian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia (Abdullah Sani Yahya, 2005), daripada 1560 buah sekolah di Malaysia, 459 daripadanya terdedah kepada budaya dan pengaruh gangsterim. Berdasarkan kepada kajian ini, kita sangat bimbang apakah bentuk kegananasan yang akan lahir pula di sekolah-sekolah di negara ini beberapa tahun akan datang.

Selain itu kita juga sangat bersimpati dengan para guru di sekolah-sekolah yang terbabit apabila imej sekolah yang selama ini dianggap mulia, tempat mencurahkan ilmu bagi mendidik anggota masyarakat, telah menjadi mangsa segelintir pelajar yang masih terbelengu dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagaikan pepatah "madu diberi, tuba yang dibalas".

Mungkin segala apa yang telah berlaku ini akan terjawab apabila kita sanggup memuhasabah diri dan seterusnya mengkaji serta menilai kembali pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan terutamanya golongan remaja dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak, kita semua harus insaf betapa kemerosotan akhlak dan moral pelajar serta generasi muda menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan, sama ada formal atau tidak formal.

Sebelum dikaji konsep pendidikan, kita juga perlu sedar dan insaf bahawa pendidikan bukanlah tugas pihak tertentu sahaja, tetapi adalah amanah dan tanggungjawab semua - meliputi individu, ibubapa dan keluarga, pemimpin masyarakat dan negara.

Setiap insan bertanggungjawab, bahkan wajib mendidik dirinya sendiri dengan mencari pelbagai cabang ilmu dan maklumat serta memilih pengalaman hidup yang bermanfaat bagi membentuk cara berfikir dan bertindak yang tepat dan dapat diterima oleh agama, budaya dan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan secara menyeluruh. Tegasnya, pendidikan adalah tanggungjawab setiap individu dan dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Dari sudut penakrifannya, pendidikan adalah "suatu proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada insan". Prof. Syed Mohd. Naquib al-Attas telah mendefinisikan pendidikan sebagai "satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia". Sementara Dr. Abdul Halim el-Muhammady pula menyatakan bahawa "pendidikan Islam itu sebagai satu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan as-Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuan muktabar dengan matlamatnya untuk melahirkan insan yang soleh". Dan Imam al-Ghazali pula mengatakan "pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik". Secara umumnya, daripada pandangan-pandangan di atas kita boleh mengatakan bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan bermatlamatkan melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia serta ianya proses yang mengambil masa yang panjang.

Walau apapun takrifan yang diberikan, dalam memahami pengertian pendidikan, tiga perkara perlu diberi perhatian iaitu proses pendidikan, jenis ilmu dan konsep insan. Kebiasaannya, proses pendidikan dilaksanakan dengan perantaraan pelbagai sistem atau peralatan canggih bagi menyalurkan ilmu dan maklumat.

Bagi golongan pendidik, terutamanya para guru mereka perlulah memiliki minat yang mendalam, kewibawaan menyampaikan ilmu dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Para pelajar sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak ‘commited' atau bersungguh-sungguh, apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh seperti cara bercakap dan berpakaian. Rasa hormat kepada guru adalah antara syarat asas dalam memastikan kejayaan penyaluran ilmu dan nilai-nilai yang baik kepada para remaja.

Sementara dalam penyaluran ilmu yang tidak formal pula seperti dalam institusi keluarga, ibubapa perlu sentiasa menyingkirkan sifat buruk daripada menjadi amalan dalam rumahtangga. Bayangkan konflik jiwa kepada anak-anak jika ibubapa setiap hari menghantar anak ke kelas fardu a'in tetapi si anak mengetahui ibubapanya tidak pernah solat atau cuma ke masjid seminggu sekali.

Sementara dalam bidang kepimpinan pula, pemimpin perlu mengawasi diri daripada bersikap "cakap tak serupa bikin" untuk memastikan keberkesanan kepemimpinannya. Ini sebenarnya juga suatu bentuk pendidikan. Mereka yang dipimpin akan sentiasa melihat dan menilai apakah yang dilakukan oleh pemimpin dan bagaimanakah rupa bentuk akhlak yang diperlihatkan oleh pemimpin mereka.

Pendeknya, untuk melahirkan golongan pelajar yang berakhlak mulia, ianya memerlukan kepada penglibatan yang bersungguh-sungguh dari semua pihak. Tanpa kerjasama dari setiap pihak yang terlibat akan membantutkan usaha untuk mendisiplin mereka. Kita tersangat bimbang masa depan para pelajar kini lebih-lebih lagi di era globalisasi yang tiada lagi batas sempadan komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

:: Lata Kekabu ::

Assalammualaikum wbt
Aktiviti kedua yang dijalankan pada tahun 2009:
Perkhemahan & Lawatan Sambil Belajar
Remaja Fasa 1D
Di Lata Kekabu, Lenggong, Perak
Pada 18-20 Jun 2009
The story (taken from abg.fadzil blogspot) :
okay..sekarang aku nak cerita pengalaman aku bawa geng2 remaja surau aku ke lata kekabu lenggong perak...jom layan...

gambar 1st batch yang pergi.patut ramai..tapi ada la yang datang second trip laa..ada yang datang last day laaa..hohoh...standard laaa..janji korang bayar yuran sudah...hehehe...ermm..kelihatan aku kat tengah2 tu..ermm..rasa berisi plak badan aku waktu tu...


Kita merancang..Allah jua ada perancangan..ternyata ada cubaan yang menimpa kat tengah2 jalan.tengah2 aku sedap bawak van kat depan sekali,camana dapat info yang kereta wira yang paling blakang sekali ada masalah.temperature naik la plak..check punya check..clutch dia sudah rosak.haha..jadi kami kena tunggu tuan punya kereta datang utk baik..so..tgh2 panas tu,kami menunggu.kira nie LDK(latihan dalam kumpulan) yang pertama kami.hahah..padahal tak rancang pun.so tema LDK ini ialah sabar menanti,ukhuwwah sama dianyami..


kami jangka yang tuan punya kereta tu akan sampai 20 minit ajer.tapi macam rasa lambat ajer.lalu 2 orang dihantar ke pekan kuala kangsar utk beli lunch.sementara yang lain tunggu dan jaga kereta.ermm..tak hiraukan kereta yang lalu lalang tgk apa yang jadi pada kami,kami makan tengahari dengan enak sekali.yum yum yum..janji kenyang..so,ini LDK kami yang kedua..tema dia "makan di bawah pokok kelapa sawit tua"(LDK yang tidak dirancang). lepas kami makan,elok-elok ajer tuan punya kereta datang.check punya check,dia kata memang clutch dia sudah rosak.jadi pakcik tu kata kena tarik..aku mula2 agak terkejut bila pakcik tu cakap camtu.apsal tak panggil kereta tarik ajer?ermm..maybe sebab mahal kot.jadi dia keluarkan tali kat kereta dia..dan suruh kami ikat kereta wira tu dengan van yang aku bawak..waktu nie aku dah start fikir macam2...mode 'gila-gila' aku activated...jadi kami transfer barang yang ada kat keter wira tu ke 2 van yang lain.fuhh..ini 1st time aku bawak van jadi penarik kereta wira!


so bila ikat,aku test tarik guna van.apa yang aku risau ialah van tak mampu nak tarik keter tu,dan maybe tali tu putus tgh2 jalan..hahaha..tapi pada waktu tu,kita kena 'layan' ajer..so dengan perlahan2,baca bismillah,lalu aku bawak van tu dengan berhati2 sekali..sikit demi sikit keter wira tu bergerak..dan tadaaa!boleh la plak..tapi jalan kat situ penuh onak dan duri(ini kiasan ok?)..sebab kat situ jalan dia selekoh banyak,naik dan turun bukit..dan jalan sempit.so ada kereta kena follow perlahan sebab kami bawa agak perlahan(perlahan la sangat,aku bawa sampai gear 4)..nak tengok video aksi giler nie..boleh click sini

(amaran: jangan lakukan aksi ini di rumah.sebab jika kena tangkap oleh polis atau JPJ,anda bleh disaman)



hahaha..ini ialah pengalaman yang jadikan life ini best sangat2..kami ingat perjalanan kami nie smooth ajer..tapi ada plak yag jadi tgh jalan.kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya gerimis yang mengundang di tengahari.tapi itulaa..itu yang menyebabkan kami akan ingat camping nie sampai bila2..wokeh..aku nak ingatkan korang satu tips ajer..bila anda berada dalam emergency,sila nyalakan lampu kecemasan pada kereta anda..ok?sepertimana dalam gmbr tu...


bila sampai,pindahkan semua barang ke tapak perkhemahan,buat garisan sempadan tapak perkhemahan dengan tali rafia,susun barang dengan khemas sekali,dirikan khemah..dan siap2 dengan slot yang pertama..dan ini ialah slot kendalian aku..kelihatan dalam gambar aku sedang menyusun dan siap sedia dengan bahan2 modul utk slot 1st tu...banyak games yang aku buat.di antaranya ialah chicken dance..nak tengok budak2 nie chicken dance setelah aku ajar diorang?hahaha..click sini


bab makan mestila korang nak dengar kan?jadi bila bab makan nie..camping kali nie agak special sket..sebab tiap2 kali kami makan kat lata kekabu tu,semua ada BBQ..haha..korang semua sure jeles kan..dah la nasik kami masak sendirik..jadi nasik memang banyak gilaa..dan ayam dia sedap2 bangat..


ini chef yang incharge buat air.air memang kami tak masak..memang ambil terus dari sungai.dah memang sejuk.tak payah letak ais batu.


salah satu menu yang sedap.ada daging burger,sosej,daging ayam.sayur,nasik yang banyak,kicap,sos,mayonis,kuah kari(beli jap kat pekan lenggong) dan air perisa oren dan anggur yang sejuk..apa lagi nak wei?macam2 ada...(aku membayangkan kekecewaan orang yang tak dpt pergi ke camping kali nie)

malam tu,lepas makan malam(ada BBQ lagi..haha)..kami relaks dalam khemah.aku dan beberapa kawan2 lagi..duduk kat luar.bentang kanvas yang besar,lepas tu baring mengadap awan malam.opsss...nak ingatkan korang supaya letak belerang,pasang 2 unggun api(utk masak dan kawalan dari binatang liar),dan pastikan ada orang yang berjaga pada waktu2 malam.in case klau ada apa2 yang merbahaya,tindakan bleh la dibuat..tapi subhanalah..malam tu tenang.setenang hati bila dah kenyang,bila dah solat,bila dah dengar tazkirah,dan badan cukup letih bila dah mandi sungai petang tadi dan kerja 'penarik keter' tengahari tadi.bunyi unggas menyatu,bila mata sudah tidak mampu berdiri lagi..nak tengok suasana malam tu camana..sila click sini

p/s: kami guna generator utk pasangkan 2 lampu kalimantang.tapi kena tukar 5 jam sekali.so dalam pukul 3 pagi tu,aku la yang kena bangun gantikan minyak petrol dan minyak 2T..sabor ajer laaa..yang lain tidur sedap ajer...hohohoh


meskipun aktiviti yang dibuat kat sini utk enjoy dan recharge minda,kami ada wat jugak modul2 yang best.datang sini bukan hanya utk seronk ajer.ada modul utk teambuilding,survival,spiritual etc..gambar di atas ialah salah satu aktiviti kami.buat bangunan paling tinggi guna straw.so 'engineer' dan 'architect' dari setiap kumpulan dikehendaki merancang apa macamana bangunan yang dia nak buat..


haaa..dan setiap orang diberi mata kail,dan tali pancing masing2.setiap peserta ditugaskan utk berusaha menangkap ikan menggunakan umpan sendirik bermula hari 1st sampai hari yang ketiga.haha..memang teruja peserta bawak batang pancing masing2..aisshh..baik2 dik..nanti kena kat orang lain waktu pengunjung mandi nanti..kesian diaorg...



memang tak rugi aku wat modul nie.ada peserta yang berjaya tangkap ikan.wehhhh ko!ikan sembilang tu!!!..besar..memang lepas aku siang ikan sembilang tu(guna pisau RM2.50 tu ajer)..kami wat BBQ ikan tu pada malam tersebut.


okay..ini part yang paling best sekali..mandi..dan memang air sungai kat sini sejuk bangat.dan lebih dalam daripada waktu aku survey dulu..klau nak tengok camana air terjun dia..boleh click sini


peserta2 sedang mandi..sejuk wehh....



panjat kayu balak kat belakang tu..then,buat lompatan akrobatik macam sukan olimpik tu...hahha..aku ada record satu lompatan yang agak best jugak..klau korang nak tengok..boleh la click kat sini..


ada kawan aku cuba menyejukkan air Excel yang bergas tu dalam air sungai.beri dia sejuk sket.dia ikat 8 botol air gas tu dgn tali rafia,dan biar dia beberapa jam.naseb baik takder saper yang curi air gas tu...hohoho


tak sangka,pejam celik pejam celik,sudah hari ketiga@final day.ermm..lepas mandi puas2,kami siap2 nak balik.kami tak sarapan pun.cadang kami nak makan tengahari terus kat pekan kuala kangsar..lepas siap2kan barang2..kami bertolak ke pekan kuala kangsar,bandar diraja negeri perak darul ridzuann..tapi sebelum tu....


eiiii..jangan takut...kami bukan pergi ke tanah perkuburan..tapi kami pergi Muzium Arkeologi Perak di lenggong.exactly tmpt di Kota Tampan perak..haaaa..saper2 yang ingat subject Sejarah form 1,pastinya akan ingat tempat ini sebagai tempat orang2 zaman Paleolitik.di sini kami buat lawatan sambil belajar.

sedang membaca apa tu?


memperkenalkan salah seorang dari member(member la sangat..haha) dari zaman paleolitik,iaitu Perak Man!..siap ada IC lagi..aper ceriter..yob..aper kabo?


lepas 'ziarah' Perak Man,kami terus solat zohor di masjid Ubudiah di kuala kangsar..memang cantik masjid tu dengan kubah2 dia yang berwarna kuning keemasan..

lepas solat,kami pergi cari tempat makan.dan utk pengetahuan korang,klau singgah kat kuala kangsar perak,jangan lupa utk merasa 2 jenis makanan dia yang fames.iaitu laksa kuala kangsar,dan cendol dia..memanf sedap!sampai aku bleh order sampai 2 bekas cendol dia...memang sedap..dan peserta2 yang belum makan sejak pagi lagi..makan dengan banyak gila.untung pakcik yang jual laksa,mee rebus,cendol etc tu..akceli yang jual makanan kat situ ialah ikhwah jugak..hohoh..dan anak dia sangat cun(promote jap..ok pakcik..bagi saya royalti wokeh..sebab promote bukan setakat pakcik ajer,tapi kedai pakcik dan anak pakcik sekali..haha)


ermm..alhamdulillah,planning kami yang bermula seminggu sebelum camping ini akhirnya tertunai juga..thanks pada faris(skrg kat MMU melaka),hafiz(bakal sambung di politeknik azlan shah behrang),taufik(baru masuk UTHM johor) dan semua peserta yang menjayakan kem remaja ini.sayang korang semua...dan sesiapa sahaja yang menyumbang baik dari segi sokongan material,wang,semangat etc secara langsung atau tidak langsung..jazakallahu khairan kathiran..

jumpa lagi pada next camping insyaAllah!

Thank you to abg.fadzil for this story.

Note: sory abg xde idea nk tulis psl camping nie, so copy dr blog abg fadil je....

:: Kejohanan Futsal 09 ::


Kejohanan futsal ini adalah aktiviti pertama yang telah dijalankan oleh Biro Pembanggunan Remaja & Belia pada tahun 2009. Berikut adalah summary bagi aktiviti ini:
Kejohanan Futsal 2009
Fasa 1D
Tarikh: Febuari 2009
Masa: 8am-12pm
Tempat: Gelanggang Futsal Uncle Zam
Pasukan-pasukan terlibat:
1. Fc 1D Boyz
2. Team Aman
3. Allstar An-Nur (veteran)
4. Lauk Fc
5. Junior Fc
6. Ta'lim Fc
Pictures:

Majulah sukan untuk agama, bangsa & negara!!

:: FC 1D Boyz ::

Pada awal tahun ini, 1D Boyz telah mara kehadapan dengan menubuhkan pasukan futsal secara rasminya. Pasukan ini digelar FC 1D Boyz. Jersi rasmi pasukan ini adalah berwarna merah & hitam. Untuk memantapkan pasukan futsal ini, kami akan bermain sebulan sekali atau dua kali. Bagi sesape yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan FC 1D Boyz, kami amat mengalu-alukan. Kami lawan semua pasukan tidak mengira umur.  
Pemain-pemain FC 1D Boyz

Fahmi (1)
Dinand (5)          Bulat (17)
Cobie (9)
Faris (7)
-----------------------------------
Kecik (23)
Nuar (2)
Am (4)
Arip (3)
Aiman (8)
Bob (10)

Our pictures:

Beautiful, Skillful, Teamwork, Ole!!
Powered by Blogger.