:: Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar ::


Assalammualaikum

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.


Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's (orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar. 


19 Ulasan & Pandangan:

just azura! said...

nice article

kadangkala boleh nak menegur secara hikmah..tapi nak mencapai hikmah pun kadang-kadang susah juge..

Aus MeLankoLik said...

yup , jgn pandang orang yg memberi
tp lihat apa yang diberi..

shahrinabd said...

pada saya, kalau nak menegur, biarlah layak! maybe ada pengalaman untuk dijadikan pengajaran, ada tahu menahu sikit dan paling penting jangan menegur je, tapi diri sendiri lebih teruk. Kata orang, dia yang lebih, pepatah melayu. Nanti timbul salah faham susah juga

myravea said...

ya,,bg sy..menegur ini biasanya yg ade pengalaman n biarla yg layak, baru org akan ikut..bukan ape, takot bercanggah..sbb tu ade yg xberani nk menegur lebih2..mcm yg shahrinabd tls, takut timbul slh faham..

lilacfla said...

like this.

kalau kita tak pandai berhujah dengan hadis dan quran, kalau kita rasa diri kurang layak, tegurlah secara logik akal.
dalam hidup,ajaran moral biasa pun ada batas buruk, dari segi adat pun ada sebab2nya..
apa yg penting utk elak salah faham, orang kita kita tegur perlu faham maksud teguran kita.
asalkan org yg ditegur, memang sudi ditegur. kalau dia x terima, cubalah lagi. air boleh lembutkan batu, insyaAllah hati manusia lebih lembut dari itu.

uNIqIKA said...

tegur dlm gurauan...
slalu takut jgak nk tgur2 org ni.

♥CIK SHA♥ said...

salam..

hmm..saya setuju dengan artikel ni..tak semestinya nak menegur orang kita kena pastikan kita hebat segala2nya..

betul kalau nak tegur orang tak boleh secara lisan..cubalah melalui penulisan..

yang penting bila kita menegur orang..kita sama2 muhasabah diri dan perbetulkan diri kita pada masa yang sama..

tak semestinya kena ada ilmu agama yang tinggi je baru kita leh menegur orang..macam lilacfla cakap..gunakan logik akal kalau kita tak pandai berhujah dengan hadis dan quran..

yang baik datangnya dari Allah..yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..harap maaf..

sekian wassalam..

noor afzan said...

bagi saya kalau nak menegur sesuatu perkara itu biarlah kita sendiripun 'bersih' dan selari dengan nasihat yang diberikan..

kalau kita nasihatkan orang tapi kita sendiri tak mampu untuk mengikutinya, memang nampak tak kenalah kan..

TiKa LEh said...

ni memang tugas berat jgk..kita rase nak tegur tp xthu caranye..die msti ada cara yg btol supaya org yg ditegur boleh trime teguran tu..kite kena dekat ngan die dulu...slowtalk sikit..jgn xrapat, tp tibe2 tegur..susha org nk trime..jgn perli sgt...

selemah2 iman memg tegur dlm hati...kt boleh jgk berdoa org yg ditgur tu akan dberi hidayah...

Pekanbaru Riau said...

selemah-lemahnya iman....
cukuplah didalam hati... :(

fisa othman said...

teguran ke arah kebaikan walaupun pahit d telan ianya perlu d laksanakan agar segala kemungkaran dapat d elakkan...

wallahua'lam...

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

kadang2 orang x nak terima teguran...
kadang2 juga orang salah cara teguran..

tasbihcinta said...

salam..yup..betul3..utk yg menegur tu tegurlah dgn berhikmah..kena pd tempat n keadaan seseorang tu..utk yg xleh terima teguran tu,cube2 la utk menerima..org tegur kita tu kerana syg..syg sbb kita sedara seislam..kita sbg ummah islam kena memainkan peranan supaya sedara islam tidak hanyut n lalai di buai cinta duniawi semata2..salam ukhuwah..salam 1 ummah.. :)

~kuyam~ said...

'Allah melihat usaha kita'..ayt ini yg paling terkesan dalam jiwa sy :)

fathiahRAIHANA said...

sesiapa dklngan kmu yg mihat kmgkaran hndaklah dy mngubahnya dgn tngn , sekiranya dy tdak mmpu hndaklah mngubahnya dgn lidah dn jka tdak mmpu hndaklah dy mngubahnya dgn hati dn mngubah dgn hati adalah slemah-lemah iman-riwayat muslim :)

Budak Pipi Tembam said...

kadang2 bukan sebab malu tetapi disebabkan oleh risau takut kawan berkecil hati atau marah...

[ achees ] said...

menegur, menasihati..xkira mcm mane pun semestinye kte perlu menegur,menasihati kepada yang berkaitan. sbb dah tanggungjawab kte..di akhirat kelak kte lak yang akan ditegur. ( tp perlu dengan berhemah )

Kay J said...

tugas manusia selain abid adalah khalifah.. maka menegur adalah tanggungjawab khalifah = manusia..

menegur..sekeliling kita ada byk org yg bolh ditegur.. kalaulah semua org dalam dunia ni fikir, aku x cukup ilmu lg nak tegur.. nescaya tidak ada seorg pun hamba Allah yang sedar kesilapan dia..

org yg merasakan ilmu tidak cukup utk menegur.. adelah org yg riak pada Allah..

berapa ramai yg kata aku x ckp ilmu utk menegur.. berusaha utk memperbanyakkan ilmu supaya dia boleh menegur org lain? TAK RAMAI bilangannya..

wallahualam..

HuSnA said...

susah nak menegur orang lain,takut dikata menyibuk.tapi tetap tegur walau kena sembur.huhu.yang penting dah jalankan satu tugas dan amanah~saling tegur menegur sesama islam,sesama manusia~

post yang bagus bangat
@>--

Powered by Blogger.