:: Tiga Hal Yang Simple ::

Assalammualaikum

“Macam mana cuti? Best?”

“Best..!!”, jawab dua anak kecilku itu, girang. Hampir seminggu kelas iqra’ kami sepi.

"Mama bawa pegi mana?”

"Pegi Kota (Kota Belud) dan KK (Kota Kinabalu)”, jawab si adik yang baru menginjak usia 7 tahun.

"Waaahh!!”, sengaja kutunjukkan wajah teruja merai jawapan yang diberikan.

"Mama ajak jalan-jalan kat KK yer?”

"Iyaa… Kami pegi panggung”, jawab si abang yang berusia 12 tahun. "

Pegi panggung? Tengok wayang?”, cheh! Soalan… Takkan orang pegi panggung beli ikan pula. Tapi tengah bercakap dengan anak kecil kan memang kena macam tu.

“Iya… Tengok Dragon Ball Evolution”, jawab si abang lagi sedang adik di sisinya sekadar menambah dengan wajah ceria.

Terserlah keseronokan mereka mengenang kembali pengalaman menonton wayang. Aku tak pasti itu kali ke berapa mereka diajak oleh si ibu menonton wayang. Kecil-kecil lagi dah merasa tengok wayang kat panggung. Aku yang dah besar ni pun cuma merasa kali pertama injak kaki kat panggung wayang lepas dah masuk 20an. Itu pun cuma sekali selepas puas dipujuk kakak senior kat kampus dulu, pertama dan terakhir insyaAllah.

“Waahh!! Dah ada cerita filem rupanya kartun tu”, balasku yang memang dah lama tak mengikuti perkembangan cerita animasi kegemaranku zaman hingusan dulu. Raut wajah Goku yang comel tu masih jelas lagi dalam ingatan. Rupanya dah ada versi real, macam mana agaknya muka Goku versi real tu

“Ok la… Nanti kita sambung cerita Dragon Ball. Sekarang kita sambung kelas kita. Dah lama cuti, kan? Masih ingat lagi yang kita dah belajar?”, soalku pada dua anak kecil di hadapanku.


"Ingat…”, jawab mereka serentak. Dan dengan memulakan kelas dengan amalan lazim kami, surah alFatihah, kelas kami pun bermula.

Memang sedikit mencabar mengajar mereka, terutama si adik yang lebih banyak main. Nasiblah si abang banyak membantu dengan menenangkan sendiri adiknya. Satu yang cukup menarik perhatianku dan agak lucu juga adalah ketika si abang mengurut-urut belakang si adik sambil berkata, ’Sudahla… Sudahla…’, lembut dicelahi tawa kecil.

Dalam usahanya meminta si adik berhenti ketawa dia pun berusaha untuk menyahkan jauh-jauh tawa yang berjangkit dari si adik. Dan yang paling lucu bila dia menyambung dengan kalimat, "Keluar..! Keluar…!", menghalau syaitan yang mencucuk si adik lagaknya. 'Syuh! Syuh!!', tambahku.

"Ok, apa pula yang kita nak citer malam ni?”, tanyaku meminta idea dari mereka sebaik kuakhiri pengajaran iqra’. Lazimnya aku akan menutup kelas dengan sedikit cerita sebagai tazkirah buat kedua anak kecil itu, termasuk juga utk diriku. Keduanya saling berpandangan.

"Dragon Ball Evolution”, jawab si abang. Memang kuat sungguh rupanya penangan filem tu.

“Ermm… Menarik. Apa yang kita boleh belajar dari cerita tu?”

"Nilai dan pengajaran”, jawab si abang menunjukkan kematangannya berfikir. "

"Bagus… Pandai… Pasti ada nilai dan pengajaran, kan?”, soalku. Si adik di sisinya seperti biasa menambah itu dan ini pada kata-kata si abang.

"Masa Goku berlawan dengan musuh, dia cepat mengaku kalah tak?”

“Tak…”, jawapan jelas yang sempat kurakam dalam kotak memori. Huraian yang banyak dari si adik terutamanya tak sempat kurakam. Banyak sangat, maklumlah anak kecil kalau bercerita hal2 yang menarik bagi mereka macam orang baru dapat mulut.

"Dia tak mudah putus asa kan?”, keduanya mengangguk mengiyakan.

"Macam tu juga kita dalam hidup ni. Jangan mudah berputus asa. Yang penting kena usaha, kemudian kita berdoa dan akhir sekali kita berserah”, keduanya menampakkan wajah tak faham, keliru.

“Macam ni… Contohnya kita belajar di sekolah mesti kita nak dapat keputusan yang baik, kan?”

“Iya, 5A”, jawab si abang pantas. Maklum tahun ni dia nak ambik peperiksaan UPSR.

"Hah, nak dapat 5A kena belajar rajin2.. Tu namanya usaha.. Lepas tu kena berdoa moga Allah bagi berkat ilmu yang kita belajar. Lepas tu kita berserah, tawakal… Nanti lepas peperiksaan keluar keputusan kita terima saja sama ada keputusan itu yang kita harapkan atau sebaliknya. Kalau bukan seperti yang kita harap, yang kita doa, maka kita tak boleh salahkan taqdir. Sebab boleh jadi ada sesuatu yang Allah mahu kita belajar dari kegagalan kita…”, jelasku serba ringkas dan sebolehnya menerangkan dalam bahasa yang mudah mereka nak faham.

Alhamdulillah ada sinar mengerti di wajah kedua anak kecil itu. Tiga hal yang nampak simple: USAHA DOA TAWAKAL. Tiga hal inilah sebenarnya yang kita perlu selalu perhatikan dalam kita mengendalikan aspek-aspek dalam kehidupan. Nampak macam remeh je kan? Keremehannya inilah yang sehingga ada antara kita yang kurang menghayati pengaplikasiannya.

Kadang-kadang kita lupa untuk berusaha, cuma berdoa, berharap dan berserah. Memang tak kena. Tiada ertinya tawakal dalam keadaan kita tak dahului dengan usaha dan iringi dengan doa. Ketiga-tiga hal ini saling melengkapi. Ibarat air kopi yang perlu air, serbuk kopi dan gula. Nak air kopi yang sempurna perlu ada ketiga-tiganya.

2 Ulasan & Pandangan:

fiD said...

ayat xbole blah dlm gragon ball, "adekah san goku akan menng .....". setiap kali episod abis

~UmmU SoLehah~ said...

saLam ^^

bagusLah kalo boleh terapKan perkara baik dalam setiap apa yg kanak-kanak lalui. kadang2, jika xde bimbingan org dewasa, mereka sendiri tidaK mengerti mesej disebalik apa y mereKa lihat. mcm dragon baLL, yg ade hanya aksi lawan2.. kalo budak keciK dia mesti nak aplikasi belasah kat kawan dia.. so, bimbingan orang dwasa ni adalah pentg..^^

tp kalo boleh.. nshtkan lah pda kanak2 itu spy kurangkn tengok cerita yg tidaK bermanfaat. kerana itu hanya menjadiKan mereka lalai.. dr kecik harusLah dididiK dengan perkara baik dan menuju keTuhanan..suPaya mereKa lebih keNaL ALLaH drpd san GoKu..(",)

SuPaya mereKa Tahu ALLaH lebih hebaT dari San GoKu itu..

Powered by Blogger.