:: Salam Aidil'adha ::

Assalammualaikum

Sebelum terlewat saya mewakili remaja2 fasa 1D Seri Manjung ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil'adha kepada semua pembaca setia blog 1dboyz ini dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga bergembira bersama keluarga, sanak saudara & sahabat handai...

1D Boyz stories during Aidil'adha

Alhamdulillah, raya haji tahun ini adalah kali yg ke-5 kite bersama-sama raikan. Seperti biasa, tiap2 kali raye haji sudah pasti kite semua akan terlibat dgn aktiviti2 yg dijalankan ketika hari raya haji. Senang cite aktiviti time raye haji ni blh dikatakan special edition sebab aktiviti nie ade bila raye haji je, time lain xde...

So, segala nye bermula pada malam sebelum aktiviti qurban dijalankan kt suku sakat dinand, opsss, silap... suku sakat lembu, tersasur... seperti biase 1dboyz ditugaskan utk menjaga lembu2 yg akan dikorbankan pada keesokkan harinya.. tugas kami senang je, pastikan lembu2 tersebut diikatkan dgn kemas dan tidak terlepas.. klau ade hilang, cnfrm pakcik2 akan cari kami, huhu... disebabkan tugas nye begitu simple, so secara logiknya mesti korng pikir bosan bila nk jg lembu.. tp bg kami 1dboyz, jg lembu ni adalah sesuatu yg best sbb kami ade mcm2 plan gile utk dilakukan utk menghilangkan bosan.. Antara 1dboyz members yg terlibat dlm tugas menjaga lembu kali ni ialah abg.faris, d'sup, cobie, bulat, fahmi, mirul, oggy dan jeli. Jadi, utk aktiviti gile pd mlm jaga lmbu ni ialah bermain laptop salah satunya.. ni adalah favorite smua orng sbb dpt main game.. antara game yg layan ialah Call of Duty Modern Warfare2, Assassin Creed, Left 4 Dead & Prince of Persia.. d'sup dinobatkan sebagai man of the gamer utk mlm tu sbb dpt main jauh mission CoD, tahniah diucapkan.. selain itu, psp juga sdh pasti akan dijadikan mobile game no1 1dboyz.. selain drpda bermain game, kami juga melayan beberapa movie yg blh dikatekn terbaik laa jgk.. kesimpulannya, kami xde la bosan time jg lembu. dgn adanya aktiviti2 gile nie, hehe... ini adalah gambar pada mlm kami menjaga lembu:



Keesokkan pagi nye, main event pn bermula.. aktiviti yg tidak asing lg time raye haji iaitu aktiviti qurban. Utk raya kali ini, sbyak 4ekor lembu akan diqurbankan (seekor terlepas lagi ke melaka).. majlis bermula tepat jam 9 pagi.. alhamdulillah, segala aktiviti korban nie dapat dilaksanakan dgn jayanya.. selepas smua lembu sdh diqurbankan, aktiviti melapah dijalankan.. selesai saje melapah, daging2 lembu tersbut akan dipotong dan diagihkan.. mcm2 gelagat dpt dilihat same ade golongan dewasa, remaja dan juga kanak2 time aktiviti qurban nie dijalankan.. segalanya berkahir pada jam 1230 tgh hari.. terima kasih diucapakn kpd smua yg terlibat utk menjayakan aktiviti qurban nie.. berikut adalah beberapa gambar time aktiviti qurban dijalankan:



Majlis diakhiri dgn jamuan yg makan malam yg diadakan di surau an-nur selepas solat Maghrib.. menu utk jamuan nie adalah bihun sup dan juga sup tulang.. ni adalah gambr cobie sbgi pemakan tulang lembu plang byk (dinand, hati2 dgn cobie.. haha):



Sekian, wassalam

:: more pictures at 1D Boyz Photos Corner ::

0 Ulasan & Pandangan:

Powered by Blogger.