:: LawaKing ::

Assalammualaikum

Mertua vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Budak Sekolah

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah “Shut up you !!”. Sampai rumah dia tanya bapa dia, “’shut up you’ tu bahasa Inggeris ke?” Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita superman. Masa Superman nak terbang dia kata “Superman !!!” dia tanya bapa dia lagi, “’superman’ tu bahasa inggeris jugak ke” dan bapa dia kata “yes”. Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata “Ladies first”. Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. “aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: “OK boy, did you get the words?”
Budak: “Yes, teacher”.
Cikgu: “Good, what is your first word?”
Budak:”Shut up you!!”
Cikgu: “What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: “Superman !!!”
Cikgu: “Bloody fool! Get out from this class!”
Budak: “Ladies First!!”
Thank you

Bertuah Punye BoBoi

Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing.
Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke,
mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia...
"mak..boboi nak kencing!!!".

Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih
menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
"Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham.

Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya.
Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi.
Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya...
"Nenek...Boboi nak nyanyi!!".

Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!",
terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...
"Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."

mesti korang bleh agak ape yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi

wassalam

0 Ulasan & Pandangan:

Powered by Blogger.