:: Fc 1D Boyz vs Real Underground Fc ::


Assalammualaikum wbt & salam sejahtera...
Selamat datang ke Gelanggang Futsal Mp3 utk menyaksikan perlawanan persahabatan yg begitu hebat & menarik di antara Fc 1D Boyz menentang Real Underground Fc. Sedikit lata belakang mengenai kedua-dua pasukan. Fc 1D Boyz adalah sebuah kelab yg ditubuhkan di bawah 1D Boyz/Biro Remaja Fasa 1D dan mereka merupakan juara bertahan 5 tahun berturut dlm kejohanan futsal 1D. Selain itu, Fc 1D Boyz adalah juara dunia overage bagi tahun 2009 dan telah mewakili planet Bumi ke kejohanan futsal Bima Sakti. Walaubagaimanapun, mereka hanya mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut tewas kepada alien2 dari planet Pluto. Bagi pasukan Real Underground Fc, nama pasukan ini tidak asing lagi dalam dunia underground. Mereka adalah juara negara & asia dalam futsal underground. Itulah serba sedikit latar belakang mengenai kedua-dua pasukan.
Yaa, nampak nya para pemain bg kedua-dua pasukan telah bersedia utk masuk ke gelanggang. Sebelum perlawanan dimulakan, mari kite lihat line-up bg kedua-dua pasukan. Bagi Fc 1D Boyz, di gawang gol mereka menurunkan GK no1 mereka iaitu Van Der Cipan (1). Di barisan pertahanan, suku-sakat kaum ferdinand, iaitu Aidil Ferdinand (5) dan partner nya adalah Bulat Nani (17). Midfield mereka pula juga merangkap playmaker adalah Dimitar Cobie-tov (9) dan striker adalah Faris Rooney (7). Pemain simpanan mereka seorang saje iaitu Nuar Neville (2). Dua pemain lain bg Fc1D Boyz iaitu Am Hargreaves (4) diloankan kepada pasukan Mahad & Arip Evra (3) injured di jantung nya. Line-up bg pasukan Real Underground Fc pula, panjaga gol mereka ialah Bob Foster (10) yg diimport dari Fc 1D Boyz. Dua adk beradik yang tidak diasingkan lagi bermain di bahagian defend iaitu Kaka Desup & Jeli Benzema. Bahagian seranggan mereka diterajui oleh Chik Alonso & seorang atau seekor pemain yg cukup hebat di zoo iaitu Tapir Raul. Pemain simpanan mereka adalah Atoi Ramos.
Pritttt, pengadil meniup wisel memulakan perlawanan diantara Fc 1D Boyz menentang Real Underground Fc. Sepak mula dimulakan oleh pasukan Real Underground Fc, through pass yg cantik dari Tapir Raul kpd Jeli Benzema melepasi defend Fc 1D Boyz, Aidil Ferdinand dan cubaan dari Jeli Benzema.... Gooollllll!!! 1-0 pasukan Real mendahalui. Giliran 1D utk membuat seranggan. Bulat Nani mengelecik Chik Alonso dan passing kpd Dimitar Cobie-tov.. Cobie-tov membawa bola menuju gol, dan cross yg cantik kps Faris Rooney utk tap-in menuju ke gawang gol, Golllll!!... 1-1... Seterusnya dua counter attack yang cantik dari Real membuahkan hasil apabila kedua-dua counter attack ini menghasilkan gol. Sekali lagi Jeli Benzema menyumbat gol dan gol ketiga Real dijaringkan oleh Atoi Ramos. Nampaknya pasukan 1D cuba bermain dgn lebih kemas dan teratur. Hasilnya mereka dapat menyamakan kedudukan melalui Aidil Ferdinand & Bulat Nani. Perlawanan terus dikuasai oleh 1D. Pasukan Real nampaknya banyak bertahan dan serangan mereka kali ini di membuahkan hasil. Akhirnya 1D mendahalui dgn jurang gol yg jauh. Aidil Ferdinand menjadi pemusnah kpd pasukan Real. Beliau menyumbat begitu byk gol sekali. Walaubagaimanapun, penjaga gol Real yg dipinjam dr 1D juga bertindak cemerlang dgn melakukan aksi-aksi dive yg menggegar dunia sehingga 5 skala ritcher. Beberapa kesilapan dari penjaga gol 1D, Van Der Cipan juga membawa padah kpd pasukan 1D. Beberapa gol daripada Kaka Desup, Chik Alonso & Tapir Raul dapat dijaringkan. Walaubagaimana pun, 1D terus mendahalui. Setting yg cantik dr Faris Rooney untuk Aidil Ferdinand yang menyepak volley terus ke bucu gawang gol. Nuar Neville juga menyumbat beberapa gol juga. Sungguh hebat dan menarik perlawanan ini. Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yg begitu hebat. Setelah 60minit bermain, perlawanan ditamatkan dgn 1D menang dgn jaringan....... tak tau laa berapa sebab scoreboard rosak.
Begitulah ulasan daripada saya, Hasbullah Wang Kutip Wang. Semoga kite berjumpa lagi pada perlawanan akan datang. Sekian dari saya untuk tv-0. Majulah sukan untuk agama, bangsa dan negara. Wassalam....


Thank to all for this game...

Beautiful, Skillful, Teamwork, Ole!!

1 Ulasan & Pandangan:

Faris said...

Nnti cuti futsal lg, hehe....

Powered by Blogger.