:: Final Match of Ramadan League ::

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.

:: Kartun - Rasuah ::

Assalammualaikum
-
 
 -
Wassalam

:: GooD LucK UPSR Students ::

Assalammualaikum
-
Tak lama lagi adik-adik kita yang ditahun enam(12thn) akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan dijalankan pada hari Selasa (8/9) sehingga Rabu (10/9). So, dikesempatan ini, abang ingin mengucapkan GooD LucK kepada adik-adik kita dalam 1D Boyz iaitu kecik, sumo, chick & c'kodok serta kepada semua pelajar-pelajar tahun enam yang turut menduduki peperiksaan UPSR. Semoga korang semua akan dapat menjawab soalan dengan tenang & mendapat keputusan yang cemerlang. Pastikan segala persiapan telah disiapkan, mintak maaf dengan semua orang especially ibu bapa kita & yang paling penting jangan tinggalkan ibadah kita. InsyaAllah, dengan semua ini, adik-adik semua akan berjaya dalam peperiksaan UPSR. Ini antara doa yang boleh diamalkan :-
[New+Picture+(6).jpg] 
INGAT, selepas sahaja selesai peperiksaan, JANGAN lupa diri. Istiqamah dalam amalan-amalan kita. Jangan melakukan perkara2 baik bila nak upsr je, lepas tu lupa diri.  
 -
Wassalam

:: Mari BerTeka-Teki ::

Assalammualaikum
-
Dalam post kali ini apa kata kita sama-sama menguji tahap IQ kita dengan menjawab beberapa teka-teki dibawah:-
  1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
  2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
  3. Apa yang paling besar didunia ini ?
  4. Apa yang paling berat didunia ?
  5. Apa yang paling ringan di dunia ini ?
  6. Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Itulah enam teka teki yang boleh anda cuba. Jawapan ada dibawah, tetapi jujurkan lah diri anda dengan mencuba menjawab teka teki ini dulu sebelum melihat kepada jawapannya. Semoga dengan teka teki ini akan bertambah IQ kita berserta tahap keimanan & keinsafan kita bersama, insyaAllah...

Wassalam
----------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan bagi teka-teki diatas:
  1. MATI sebab tu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
  2. MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
  3. HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
  4. MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
  5. MENINGKALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
  6. LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

:: 1D Boyz Photo Corner ::

Assalammualaikum...
 -
Di atas permintaan ramai, dengan ini abg telah membuka satu website khas untuk gambar-gambar kita bersama. So, dekat website ini, korang semua boleh tengok segala gambar aktiviti-aktiviti @ kenangan kita bersama. Ni adalah address untuk website tersebut:

---
http://1dboyzphotoconner.shutterfly.com/
---
 
Selamat melayari
 -
wassalam...
klau korng ade ape2 cadangan @ idea2 yg lain utk memeriahkan lg blog kite nie, bg tau kt abg.. InsyaAllah abg cuba yg terbaik utk blog kite bersama...
Powered by Blogger.