Assalammualaikum
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq” Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”
wassalam
25 Ulasan & Pandangan:
Thanks for the information given by u. Now I have better understanding about kiamat cronology. :)
like this post..
terima kasih kerna mengingatkan kembali...
klik sini kalau nak tahu kenapa aku tak nak datang sini selalu...
MasyaAllah begitu byk tanda2 kiamat yang nyata dah ada/berlaku skrg nih..takutnya...
hm...thanx sebab peringatan ni...boleh muhasabah diri..terima kasih sekali lagi..entri ni buat saya menitis air mata mengenangkan diri sendiri...
semoga kite semua same2 insaf dgn dosa2 kite yg lalu... =D
time kasih kerana ingat mengingati dalam islam
jazakallah khairan khathira..
semoga antum boleh terangkan lebih lanjut tentang Yakjuj dan Makjuj ye..
me looking forward for ur next entry..InsyaAllah..
insyaAllah nnti sy akan post mengenai Yakjuj & Makjuj...
tengs for the information. berguna sgt-sgt :)
rupenye byk lg yg sy xtau..
thanx sgt2 dgm inform yg awk bg ni..
Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.Ia berkata: "Bilakah hari kiamat itu?".Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),dan apabila bulan telah hilang cahayanya,dan matahari dan bulan dikumpulkan,pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat berlari?",sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. (al-qiyamah:5-12)
mari persiapkan diri untuk hari yang pasti itu, agar tiada penyesalan. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
thanks fer the information :)
sblom nie pom ana ade dga da ceramah psal kiamat nie ,
mmg seram sngt
denga ustaz tu cite .
asap tu dah bayak dah sekrang!!=(
gud entry.. terma kasih krn mengingatkan =)
a verY g0od info..
tHnx a l0t..
:)
trimaz coz sharing..gehgehegh...ilmu perlu d kongsi betol tidak???..akhaz..
gud info..
sama2 kita ingat mengingati..
nice info .
membuat aku ingat kesalahan2 sendiri..
huhu
mari same2 kite bertaubat atas dosa2 yg telah kite lakukan... semoga Allah mengampunkan dosa2 kite, amin...
terima kasih info neh best
salam..
saling2 le kte bringat pd mrk2 yg lpe..
mdh2an sume akn trglng dlm glngn yg diberkati oleh-NYA..
insyaallah..
thanks for info
salam..
jazakallah ats peringatan nie..
kalo nk minx izin lex dlm blog bole? nnt sye linkkan blik ke cni..
subhanallah...
syukran jiddan!
sye baru tahu ada tanda lain spt asap tuh...
baru2 ni saye ade tebace juge ttg dajjal...mmg dahsyat dan sebesar2 bahaya...
Post a Comment