:: Persoalan Pemuda ::

Assalamualaikum


Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.

wassalam

27 Ulasan & Pandangan:

zhrhtoodem said...

jawapan sungguh simple
tepat
padat

MEL said...

Nice!
Sometimes orang Islam tak tahu nak jawab apa bila yang kafir tanya soalan macam tu :)

farenova said...

Sungguh bermakna posting ini, terima kasih, saya belajar sesuatu yang berilmu harini.

ila-ali said...

keraguan itu bisikan syaitan.

1tomyam said...

bagu sekali artikel ni, tu saja jawapan yang terbaik untuk soalan-soalan yang cuba menyesatkan heheheh

Afiqah Azmee said...

dulu masa orientasi pernah gak diorang bagitau pasal ni. memang jawapan yang mantap! :)

aniesz said...

cerita yg mnarik..

Faris said...

JGN sesekali keraguan dgn kewujudan Allag... rase ragu2 itu adalah hasutan syaitan!!

Anonymous said...

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib cucu Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu ‘anhuma. katanya: Aku te1ah menghafaz dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (sabdanya iaitu):
Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasi’i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahib.)

jemmy76 said...

sungguh mendalam dan bermakna...

Sakira said...

Post ini pernah saya baca dulu-dulu, versi English. But then again . . .

Rasullullah S.A.W. bersabda : "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat."

So, thanx for sharing. Keep up the goodwork :)

Sire Johhny Deep said...

thanks for sharing!

CiPoT CeDoT said...

kat mana ko dpt suma nih dowh..memah hebat bai...tahniah untuk ko...

cik afiqaqila said...

hebat!

Norhalizayana Sazali said...

Ringkas dan padat... tak payah nak terang panjang2...

Mark Jue said...

It was the superb explanation. No More detailing needed. :)

Annur Shah said...

humban tu apa??

Faris said...

humban = campak... :)

faeznaem said...

wahh.. entry ni best+bermakna...
saye blaja sesuatu hari ni.. terima kasih..

Azrul Hisham said...

salam ziarah... :)


entri yang penuh bermakna....

Anonymous said...

entri yg bagus..thanks for sharing

memymu said...

sgt2 bermakna.. tq mengingatkan sesame manusia..

Syed Ahmad Fathi said...

cayalah tok imam

MiD0ri said...

huhuhu.. amek ko.. mmg bgs jwpn tu utk org yg xleh berpikir.. bg bukak minda die..

Blok Juga said...

terima kasih, pengajarannya ialah orang yang mempersoalkan 3 soalan tadi lebih merasai dan menghayati jawapan berbanding aku yang hanya membacanya, aku hanya tahu melalui pengalam orang lain. Jika tidak kerana kebenaran yang dicari oleh pemuda tersebut, mungkin masih ramai yang tidak tahu dan mendiamkan sajaha dalam hati, yang memungkin terpesong juga keimanan, kerana takut bertanya kerana mereka dilarang bertanya?

Blok Juga said...

Benarkah kita dikehendaki meninggalkan keraguan, bagaimanakah cara yang sepatutnya untuk pemuda tersebut meninggalkan keraguan kepada 3 perkara tersebut, tinggalkan? tinggalkan apa?

aku jadi ragu-ragu takut jika pemuda tersebut tidak bertanya, ia memilih tinggalkan ugamanya?

Adakah rasa ragu suatu yang dicari, atau ia hadir ke dalam hati? adakah keraguan boleh dijawab oleh orang yang tidak tahu, sedangkan dalam keadaan ini pemuda tersebut mungkin tidak tahu jawapan.

Unknown said...

padat lagi berisi!

Powered by Blogger.