Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.
Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.
Menurut wartawan Malaysiakini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.
Wang juga dijumpai bertaburan
Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.
Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk keping wang seringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit yang semunya berjumlah RM35.
Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.
Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.
Petikan dari Malaysiakini
9 Ulasan & Pandangan:
Nauzubillah...... Semoga Allah melindungi kite semua, amin...
Ya Allah..so many things hapen,n mmg sgt mgejutkan.tak habis2..bykkn berdoa semoga semuanya selamat dan Islam tidak tercemar
Sesungguhnya agama di sisi Allah itu ialah Islam.
Penghinaan terhadap masjid akan terus berlaku jika segelintir org kita tak hormnati rumah ibadat penganut agama lain. Segelintir org kita yg bersikap melapau telah membakar gereja dan kesannya mungkin mrk membalas dendam. Jadi perlulah bertolenransi dlm sebuah negara bermasyarakat majmuk mcm negara kita.
Apapauhn kita kesal dgn tindakan mencemasrkan kesucian masjid sptmana kita kesal dgn tindakan mencmarkan gereja.
yee... sesungguhnya Islam itu adalah sebuah agamai yg damai... Islam tidak mengajar penganutnya untuk membinasa n mengutuk agama lain...
hish.. siapa punya kerja la ni.. mula la nak mengharu keadaan ni.. nauzubillah.. smoga kita sentiasa selamat daripada perkara yang tak diingini..
astaghfirullahala'zim
entahlah...ada pihak yg cuba amik kesempatan ni kot...
astaghfirullahal'zim..
teruk nye perangai dyeowg nie..
Post a Comment