:: Year 2010 & Back to School ::

Assalammualaikum

Sempena tahun 2010 nie, kami 1D Boyz ingin mengucapkan selamat tahun baru kpd semua pembaca2 setia blog 1d boyz nie... Pejam celik, tak disanggka tahun 2010 nie bermakna sudah 6 tahun kite bersama... Rase mcm baru je kite kenal, tp hakikatnya mmng sdh 6thn kite bersama... Dlm tempoh 6 thn nie, dh mcm2 peristiwa manis or pahit, akitiviti2 yg best dan mcm2 lg telah kite lakukan bersama... InsyaAllah, persahabatan atau persaudaraan yg telah kite jalinkan selama 6 tahun nie akan berkekalan dan diredhai Allah...



Bila msk je tahun baru, mseti korng smua ade azam baru kn??.. so, ape azam korng 2010 nie??.. Bg mereka yg bersekolah, abg nk ucapkan happy back to school, hehe... Masih ramai lg remaja2 kite yg bersekolah melainkan bulat yg tahun nie br x sek, tp menanti dunia baru yg lebih mencabar akan menjelma... Tahun 2010 nie jg terdapat beberapa rakan2 kite yg akan menduduki peperiksaan.. Antaranya am, nadz & arip akan menduduki pmr, manakala cobie & akmal akan menduduki spm... begitu juga kepada rakan2 kite yg lain yg akan menduduki peperiksaan... Maka, rajinla korng belajar sbgi penentu masa dpn korng smua... Bg mereka yg kurang cemerlang dlm upsr or pmr, jgn berputus asa... ade masa lagi utk korng.. mulakan tahun2010 dgn satu perubahan.. Abg sentiasa doakan kejayaan korng smua...


Disini, abg ingin berkongsi satu artikel untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut: 

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan.

Bagaimana menyemarakkan keinginan anda?

Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api!

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda


TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda

TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

4. Tangani Halangan

Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
Seterusnya tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

5. Buat Perancangan

Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4.

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it).

6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang atau berkali-kali di fikiran anda.

Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".


7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence).

Tekadkan semangat.

Tumpukan kepada kejayaan.

Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan.

Bulatkan hati dan fikiran.


Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.



Akhir kate, semoga tahun 2010 merupakan tahun yg cemerlang utk korng smua... IsnyaAllah, ape yg korng impikan akan korng dpt jika ade usaha utk mencapai impian anda... 

Divided We Fall, United We Stand
 
wassalam

0 Ulasan & Pandangan:

Powered by Blogger.