Bahan-bahannya:
1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.mangkuk kerajinan
4.hiris keinsafan
5.keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan
Cara membuatnya:
1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.
Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.
Selamat menjamah :)
Sekarang giliran adik2 kita di form 3 pulak untuk menduduki peperiksaan iaitu PMR yg akan bermula pada 7/9/09 hingga 13/9/09. So, mcm mane adk2? korng dh betul2 ready ke nk ambik pmr nie?? Ape2 pun, abg doakan adik2 kite nie & semua students yg akan mengambil pmr di Malaysia akan mendapat menjawab soalan dgn tenang & tepat serta mendapat keputusan yg cemerlang. Istiqamah dgn amalan kite, bukan saje sebelum pmr, malah lepas pmr juga... InsyaAllah korng akan dpt keputusan yg cemerlang, GooD LucK all....
0 Ulasan & Pandangan:
Post a Comment