:: Jamuan Hari Raya Fasa 1D ::

Assalammualaikum

Pada 11/10/2009, jawatankuasa Surau An-Nur Fasa 1D & Krt-7 (serta 1D Boyz: tolong setting & kemas2) telah mengadakan Jamuan Hari Raya Fasa 1D. Jamuan ini diadakan di tapak pembinaan Surau An-Nur (depan umah atok). Jamuan bermula pada jam 930 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan kita iaitu setiusaha ahli politik diikuti dengan ajk tertinggi Surau An-Nur. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis diikuti dengan ucapan ringkas daripada pengerusi surau & tetamu jemputan dan diakhiri dengan tazkirah & bacaan doa daripada ustaz surau kita. Selesai sahaja bacaan doa, para tetamu semua dijemput untuk menjamu selera. Antara menu pada jamuan ini ialah nasi impit, ketupat, rendang, mee kari dan lain-lain lagi (makanan biasa bila time raye je ade). Alhamdulillah, jamuan ini dapat diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau bukan secara langsung. Semoga jamuan raya ini dapat diadakan pada raya akan datang, insyaAllah... Berikut adalah beberapa gambar ketika jamuan ini dilangsungkan:




More pictures at 1D Boyz Photo Corner

Sorry sebab banyak gambar time jamuan raya nie tak dapat di upload kan di blog 1D Boyz ini
adalah disebabkan saiz gambar yg diambil oleh camera fahmi terlalu besar.
So, gambar2 lain ade di 1D Boyz Photo Coner!!

0 Ulasan & Pandangan:

Powered by Blogger.