Assalammualaikum
Seperti yg dijanjikan, kami akan menceritakan kpd semua pembaca2 setia blog 1dboyz nie mengenai aktiviti2 yg telah kami jalankan semasa Kem Kembara Rimba di Kuala Woh, Tapah Perak... Kami akan menceritakan dalam bentuk diari... so, mari kite sama2 baca...:
Kem Kembara Rimba
Kuala Woh, Tapah, Perak
25,26 & 27 Feb 2010
25.02.2010
Petang:
Peserta sesi petang berkumpul di Surau An-Nur pada jam 3 petang... Seramai 14 peserta yg bertolak pd sebelah petang nie dgn menaiki kenderaan2 yg disediakan... Sebelum bertolak, segala persiapan barang telah pun diuruskan dan barang2 juga diperiksa supaya semua barang2 keperluan telah dimasukkan kedalam kenderaan2 yg terlibat dan tiada barang2 yg tertinggal...
Kami semua tiba di Kuala Woh dalam jam 430 petang... Tibanya kami disana, semua barang2 keperluan dikemas dan diletakkan di tempat yg sepatutnya... Kami juga mengemas dewan yg disediakan dimana dewan tersebut akan kami gunakan sepanjang program ini dijalankan... Kemudian, kami solat Asar secara berjemaah... Selesai solat, peserta2 dibawa ke chalet masing2 dan mengemas barang2 mereka... Mereka juga boleh berehat dan seterusnya bersiap utk solat maghrib...
Malam:
Kami semua solat jamak Maghrib dan Isyak secara berjemaah yg diimamkan oleh Cikgu Shuhaili... Selepas solat, semua peserta boleh makan malam yg dimasak oleh pakcik Gapar... Menu makan malam nie ialah nasi putih yg berlaukkan udang masak lemak, ikan goreng dan ulam2 serta sambal...
Selesai makan malam, program pertama utk Kem Kembara Rimba nie bermula... Program nya ialah ceramah yg disampaikan oleh ustaz Nasrul... Sebelum beliau memulakan ceramah, kami semua beramai-ramai berselawat kpd junjungan besar nabi Muhammad saw sempena sambutan Maulidul Rasul... Ceramah yg disampaikan oleh ustaz Nasrul bertajuk sifat2 Rasulullah yg perlu kite semua contohi... Ceramah yg disampaikan cukup padat dgn isi2 yg bermanfaat serta diselit dgn lawak2 yang menghilangkan rasa bosan dan mengantuk dikalangan peserta... Habis saje ceramah nie, peserta2 boleh berehat sambil menunggu peserta yg bertolak pada sesi malam...
Pada jam 11 malam, peserta sesi malam pun tiba... seramai 8 orang peserta yg bergerak pada sebelah malam... Setelah semua peserta tiba, mereka semua berkumpul di dewan dan diberi taklimat yg disampaikan oleh cikgu Shuhaili... Selepas mendengar taklimat, program kedua dijalankan... Program nie adalah ice breaking yg dikendalikan oleh abg.faris... Dalam aktiviti ice breaking nie, peserta2 bersuai kenal antara satu same lain... Then, setelah berkenalan meraka bermain satu game yg dinamakan sehati sejiwa... Selesai program nie, semua peserta bolehlah berehat dan tidur di chalet masing2...
26.02.2010
Pagi:
Kami semua bangun pada jam 6 pagi dan bersiap sedia utk solat Suboh secara berjemaah... Solat Suboh pada pagi nie diimamkan oleh ustaz Nasrul... Selesai solat, kami ada kuliah Suboh yg juga disampaikan oleh Ustaz Nasrul... Setelah tamat kuliah Suboh, peserta2 berkumpul di dewan utk mendengar taklimat mengenai program2 yg akan dijalankan sepanjang hari tersebut...
Program pertama yg akan dijalankan utk hari kedua nie, ialah jungle trekking... Sebelum kami memulakan jungle trekking, semua peserta perlulah warm-up agar tidak ade sebarang kecederaan semasa jungle trekking dijalankan... Selepas warm-up, peserta akan bersarapan pagi dan bersiap sedia utk memulakan jungle trekking...
Tepat jam 9 pagi, program jungle trekking pn bermula... Kami dibawa oleh dua orang asli yg ditugaskan utk membawa kami masuk ke dalam hutan... Malah, bukan sekadar remaja2 saje yg serta dalam jungle trekking nie, terdapat beberapa orang pakcik juga turut serta dalam jungle trekking nie...
Pada permulaan jungle trekking nie, kami melalui sebuah perkampungan orang asli disini... Rumah mereka dibuat dari batang buloh dan beratapkan daun nipah je... but, majoriti dari mereka ni ade Astro!! Then, kami teruskan perjalanan kami dengan lebih mencabar... Pendakian bukit yg dibawa sungguh memberi cabaran kpd kami... Malah, kami perlu turun melalui curam-curam yang agak berbahaya... Pelbagai flora dan fauna dapat kami lihat sepanjang perjalan ini... Keletihan kami hilang apabila kami berhenti dibeberapa lokasi air terjun yg cukup menarik... Air terjun ini hanya dapat dijumpai oleh mereka2 yg tertentu saje... Air sungai yg mengalir disini juga sugguh jernih dan bersih sehingga boleh diminum... Kami semua sungguh seronak dan puas mandi di air terjun ini... Setelah 4 jam kami trekking dalam hutan nie, akhirnya kami keluar jugak dr kawasan hutan yg dibawa oleh dua orang asli tersebut...
Kami tiba di kawasan chalet pada jam 130 tgh hari... Semua peserta solat jamak Zohor dgn Asar berjemaah dan kemudian makan tgh.hari... Menu lunch kami ialah nasi ayam... Sedap dan lazat masakan yg disediakan oleh pakcik Gapar nie... Lepas makan, semua peserta berehat sebelum memulakan program yg kedua pada hari tersebut...
Petang:
Setelah puas berehat, kami akan memulakan program kedua pada hari tersebut... Program ini adalah absailling dan juga flying fox... Sebelum memulakan aktiviti2 nie, kami diberi taklimat yang disampaikan oleh pakcik Halim dan geng2 PASKAL beliau... Semua peserta perlulah bersedia dengan perkakas yg disediakan agar tidak ade sebarang kecederaan berlaku semasa aktiviti2 ini dijalankan...
Kami memulakan program kedua nie dengan aktiviti absailling... Disebabkan peralatan yg disediakan terhad, maka peserta2 perlu lah menunggu giliran masing2... So, lima orang peserta pertama dibawa ke lokasi absailling... Peserta yg pertama turun dulu adalah amir, diikuti oleh abg.faris, fahmi, bob dan aidil... Aktiviti nie melatih kami supaya tidak takut pada tempat tinggi dan memupuk sifat berani dikalangan peserta...
Bak kate pepatah, kami yg merancang, Allah juga yg menentukan segala-galanya... Tidak disangkakan hujan turun dgn lebat pada sebelah petang... Ini menyebabkan aktiviti absailling dan flying fox terpaksa diberhentikan... Perasaan kecewa kepada peserta2 kerana tidak dapat melakukan aktiviti absailling dan flying fox ini... Walaubagaimana pun, kami mengisi masa yang ade ini dengan bermain bola sepak dalam hujan yg lebat... Sangkaan awal hanya remaja2 saje yg bermain, tetapi pakcik2 juga turut serta dalam permainan bola sepak nie... Pelbagai gelagat dan skil2 dapat dilihat daripada para remaja dan juga pakcik2...
Malam:
Kami teruskan program seterusnya pada sebelah malam plk... Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak secara berjemaah, kami mendengar ceramah yang kedua pula... Ceramah kami nie disampaikan oleh ustaz Huri... Tajuk ceramah beliau ialah sejarah Rasululluah saw... Melalui isi2 yang disampaikan, kami semua dapat mengetahui dengan lebih detail tentang biodata nabi Muhammad saw... Selesai ceramah, kami ade bbq utk malam tersebut... Semua peserta makan dengan puas pada malan bbq ini... Menu bbq adalah ayam panggang, sosej, nugget dan juga bihun goreng... Sungguh sedap dan lazat sehingga menjilat jari...
Setelah semua kenyang, kami teruskan aktiviti malam ini dengan beberapa game yg dikendalikan oleh abg.fadil dan abg faris... Game yg pertama dinamakan pemberita berkepala empat... Dalam game nie setiap kumpulan akan diberi tajuk dan perlu ceritakan bedasarkan tajuk yg diberi... Setiap sorang hanya boleh sebut satu patah perkataan saje... Game nie menguji tahap kreativiti setiap peserta... Game kedua pula ialah sketsa soal-menyoal... Dalam game nie, wakil setiap kumpulan akan berdebat antara satu same lain... Tetapi mereka hanya boleh kemukakan ayat yang berbentuk soalan sahaja... Jika salah seorang menjawab soalan yang ditanya, peserta tersebut dikira kalah... Game yang terakhir pulak ialah salesman... Dalam game nie plk setiap peserta akan memilih barang yg diberi dan akan membentang fungsi barang tersebut mengikut tajuk yg ditetapkan... So, tajuk yang dipilih ialah menjual ubat di tepi jalan... Game nie memberi confedent kpd peserta utk bercakap di depan penonton... Selain itu juga, mereka perlulah berfikir dengan kretif utk menarik perhatian penonton...
Selesai game2 yang dijalankan, peserta2 bolehlah pulang ke chalet masing2 dan berehat... Tanpa disangkakan, kami dikejutkan pada jam 1 pagi untuk program jati diri... Program ini adalah yg paling mencabar kerana ianya menguji tahap keberanian kami... Program ini diketuai oleh pakcik Halim dan pakcik2 yang lain... Ape yang perlu kami buat, setiap peserta akan dilepaskan seorang-seorang utk masuk kedalam hutan... Then peserta perlu lah mengikut laluan yg disediakan sehingga ke kawasan penamat... Sepanjang perjalanan, tahap keberanian kami betul2 diuji... Suasana yg gelap dan bulan mengambang benar2 menakutkan kami semua... Ade beberapa peserta yg menjerit, berpeluk kerana ketakutan dan ade juga yang melatah sehingga mebuka langkah silat... Walaubagaimana pun, kami semua berasa seronok dan berpuas hati dgn aktiviti ini kerana ianya dapat membentuk tahap keberanian kami...
27.02.2010
Pagi:
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Kem Kembara Rimba ini... Pada sebelah pagi kami ada kuliah Suboh yang disampaikan oleh ustaz Huri... Selepas itu, peserta2 akan bersarapan pagi... Menu sarapan pagi ini ialah mee goreng, bihun goreng dan teh tarik... Then, kami semua bebas melakukan aktiviti utk hari ini...
Jadi, untuk melepaskan segala kepenatan kami, kami pergi mandi sungai puas... Air sungai nya sungguh nyaman dan menyegarkan kami... Terdapat juga kawasan air panas sekitar sungai tersebut... Semua peserta melepaskan kepenatan dengan bermandi manda disini...
Setelah puas mandi sungai, kami semua bersiap untuk pulang... Peserta2 dikehendaki mengemas barang masing2 dan juga chalet yg diduduki... Selesai kemas, semua peserta berkumpul di dewan... Di dewan, cikgu Shuhaili mengagihkan tugas kepada kumpulan2 utk mengemas kawasan dewan... Apabila dewan sudah dikemas, majlis penutup dijalankan... Ucapan penutupan disampaikan oleh cikgu Shuhaili... Kemudian kami bergambar beramai2... Setelas selesai semua, kami bertolak pulang ke Manjung pada jam 12 tgh hari...
Sekian, itulah diari Kem Kembara Rimba kami... Diharapkan semua pembaca terhibur dengan gelagat2 kami sepanjang program ini dijalankan... InsyaAllah program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dengan aktivit2 yg lebih mencabar.... Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Kem Kembara Rimba ini... Jumpa lagi pada program yg akan datang... Wassalam...
30 Ulasan & Pandangan:
wah... bestnye:0
aku memang suke kembara2 ni;)
http://sayatulisblog.blogspot.com/
kem ni bertujuan untuk apa yer?
seronok tengok anak muda join menda2 gini :)
Kem ini adalah kem jati diri yang dijalankan oleh Biro Remaja Surau An-Nur Fasa 1D, Seri Manjung...
aktiviti yang bagus..tempat lain patut buat juge biro remaja cenggini..
wah gila best! xajak pon. haha
http://fitridzulkifli.blogspot.com
eh!!!
gue tau tmpat ni...
dulu gue slalu pergi kuala woh!!
tp bila dh berpindah, jauh la plak...
kawasan air panas still ada lg ke??
@ fitri: lain join la... byk lg aktiviti yg akan kami buat...
@ mie: ade lagi tmpt air panas tu... best rendam kaki kt situ, hehe...
sungguh panjang diarimu..teringat zaman waktu sekolah2 dulu..huhu
menarik dan pastinya membawa banyak pengalaman..thumbs up
...best sgt2..teringat ms dulu suka pg camping...seronok...
best nye ;) . da lama ta pergi camping .
pena g cni cz d kem gak... bez!! huhu
salam...
moga program ni memberikan sejuta hikmahnya..
Hai hai. Best tak ? :)
dah lama tak gi kem gini..memang best dan meriah..tapi sejak aku abis plkn dah malas nak aktif dah..hehe
dah lama tak join mengembara ni...huhu
haha... best2...
salam...wow byk aktiviti...best2...bro saya nak kasi pendapat skit boleh???kalau boleh apa kata bro potong2 cite buat part2...mungkin lebih menarik...
menarik!
suka g kem2 camni..
best!
@ BeaN: alryte... ty for advise... :)
mmng best n menarik kem nie, hehe...
wah bestnye ..
teringin nak join jgk ! =)
wahh...seronok2..lama sudah xkembara nih =)
http://iamfia.blogspot.com
Bagus, bagus, bagus. Banyakkan kegiatan yang berfaedah.
besnya~~ dlu pown g ulu lenggong je~~
huhu teringat zaman sekolah dulu..bnyk kem mcm ni..memang best sgt..argh rindunye zaman skolah.
seronok la ekau..
hahahak...
wa...bagusla kelab nie...
pengisian aktiviti yg baek...
ukhwah pown sure dpt dieratkan...
tahniah....
camne nk tarik ramai lg remaje lelaki join dis group??
dlu pena join kem camni.
memang penat...
tp best!
:)
@ assyuhada: promote kpd remaja2 luar supaya blh join kami, hehehe...
Salam...
Bru je blik dri kem kt kuala woh ni 2 ari lps..
Sgt best~! =]
Hrp dpt pg lgi pda msa akn dtg..
insyaAllah..
Post a Comment