:: What Happen in Nov ::

Assalammualaikum

Pe kabor smua?? first of all, abg nk mntak maap sbb xdpt update gmbr or event dgn cepat.. ini adalah disebabkan oleh masalah connection yg melanda area sini, huhu.. btw, skrng ni smua gmbr2 time cuti sek in Nov abg dh pn upload kt 1D Boyz Photo Corner. So, disebabkn byk aktiviti yg kite buat dlm bln Nov blom updated lg, abg akan rumuskan dlm post yg ini..

28/11/2009
Perasmian pembukaan Spa@1D.. spa ini adalah milik en.zubir atau lebih famous dikenali sbgi atok.. spa ni dibuka di rumah beliau dan beliau jg yg merasmikan spa tersebut pd 28/11 jam 2.30 ptng.. selesai saje perasmian spa@1d, ramai remaja yg ingin mencuba spa nie.. actually, spa ni bkn la real spa.. spa ni adalah sebuah kolam yg dibina oleh atok utk letak ikan atau dgn lebih sng, ianya adalah kolam ikan, hahaha... tp, disebabkn atok sendiri yg rasmi utk mandi kolam ni, maka ramai jgk bdk2 yg follow.. contohnya, kecik, nazrin n abby.. nsb baik dorng badan kecil2, so blh la muat dlm kolam tu.. cuba byngkn klau bob yg masuk dlm kolam tu.... huhu... kesimpulannya, kolam ni adalah kolam ikan bknnya spa, haha.. (harap2 atok besarkan kolam ni & jadikan kolam utk mandi, haha..) Some pictures at Spa@1D:



30/11/2009
Kali ni kami plan g mandi kt Marina Waterpark, Teluk Batik.. utk ketahui ape yg kami buat kt sini, baca la previous post... tq



01/12/2009
Pagi:
Fc 1D Boyz beraksi dlm series friendly futsal nya.. kali nie kami menentang pasukan handalan dr Italiano, iaitu Inter Manjung Fc.. Pd perlawanan nie, Fc 1D Boyz tidak dpt menurun kemua pemain utamanya kerana segelintir dr mereka tidak dpt beraksi. Antaranya, Bulat Nani(17) yg sekrng tgh bertemur di medan perang SpM.. Nuar Nevile(2) plk xdpt beraksi sbb terpaksa plng ke kampung halaman utk menguruskn perniagaan gelap ikan keli.. selain itu, Arip Evra(3) msh lg injurd dgn masalah kabaretor nye & Aidil Dinand(5) yg terselamat dr korban jg xdpt turun dgn alasan masalah rumah tangga.. Utk mengisi kekesongan star2 Fc 1D Boyz yg tidak dpt beraksi nie, Kecik Macheda(23) dipanggil semula utk bermain bersama fc 1d boyz.. C'kodok Anderson(8) jg bermain smula setelah plh dr kecerderaan celah kakang serta trauma yg teruk melanda minda beliau.. Mereka ni akan bermain bersama dgn beberapa pemain utama fc 1d boyz iaitu Van der Cipan(1), Adham Hargreaves(4), Cobietov(9) dan Faris Rooney(10).. Utk pasukan Inter Manjung Fc, mereka menurunkan kemua star2 players yg ade.. antranya ialah Hafiz Sneijder, Karey Viera, Topeq Eto'o dan juga sepupunya, Balotelli... 2 baki slot bg pasukan Inter Manjung Fc ialah keeper yg dipinjam dr Fc 1D Boyz, Bob Foster(10) dan juga special animal from zoo taiping iaitu Tape.. Keputusan perlawanan ini dimenangi oleh pasukan Inter Manjung Fc.. jelas pasukan fc 1d boyz tidak bermain dgn begitu cemerlang pd pagi nie.. walaubagaimanapun, kedua2 pasukan menunjukkan aksi yg begitu menarik.. smoga berjumpa lg pd perlawanan akan dtng.. sekian..



Petang:
Setelah penat bermain futsal, ptng tu kami plan nk g jln2 kt lumut.. tp, mereka yg terlibat ialah am, kecik, bob n abg sndiri.. kami kuar nie pn sbb bosan gile ptng tu, xtau nk buat ape.. so, kami plan g merayap kt lumut.. first sekali kami g mkn kt kfc lumut n sembang2 kt situ.. sambil cuci mata.. lps tu g jln2 kt lumut.. kami g naik 'bukit fraser', haha.. atas tu kami tgk permandangan yg cukup indah.. tgk pekan manjung.. bila dh puas berjalan, br la pulang ke umah masing2...



Ini je la aktiviti kami semasa cuti sek dlm bulan Nov.. InsyaAllah dlm bln 12 nnti byk lg aktiviti yg akan dibuat.. time tu nnti abg n abg fadil akan plan satu aktiviti yg hebat, best n menarik utk korng smua.. so, just be patient, hehe... semoga korng bergembira spnjng cuti sek nie.. sekian..

wassalam

all other pictures during Nov School Holiday at 1D Boyz Photo Corner, enjoy!!

:: Be Part of Us at 1D Boyz ::

:: Holiday @ Marina Waterpark ::

Assalammualaikum

Sempena cuti sek nie, mari same2 kite meluangkan waktu yg ade dgn pelbagai aktiviti2 yg enjoy!! hehe.. So, disebabkn korng smua bosan sbb xde ape2 lg time cuti nie, abg dgn abg topeq plan bwk korng smua g mandi kat Marina Waterpark, Lumut... Actually, nie adalah salah satu aktivti time cuti nie, byk lg akan ktorng buat, insyaAllah..

Jd, perancangan utk ke marina hanya dibuat shari je, xde ssh pn nk plan.. cari sape je yg nk join, sape yg x join mmng rugi gile... so, seramai 10orng remaja 1d yg join utk ke marina nie.. kami gerak dgn 2 buah kete.. bila smpi je kt marina tu, hati dan perasaan dh mula xsbr nk g msk dlm air tu, hehe... perasmian dimulakan dgn abg faris, kecik n naz.. kemudian br yg lain join sekali... mmng best gile.. slide dia xde laa sebest kt sunway, tp puas hati laa... kate nk enjoy!! blh dikatekan slide tu geng2 kite je yg conker, haha.. selain main slide, kamu jg main bola dlm air... perghh, lg hebat dr main futsal.. mmng letih n tergelak2 la kami main.. then, kami ade gk buat lumba lari dlm air.. ni blh dikatekn trcabar gk la sbb bkn sng nk lari dlm air nie.. tp x disangkan orng yg kalah dlm lari dlm air ni bkn la Bob, tp Kecik yg kalah... pelik2.. so, mmng seronok n enjoy gile ktorng kt situ.. sedar2 je dh 3jam ktorng kt dlm air tu, haha...

Ktorng bergerak blk dlm jam 5ptng selepas smua dh tukar baju.. harap2 dgn aktivti nie dpt enjoy kn korng smua time cuti sek nie.. InsyaAllah lps ni abg dgn abg.fadil plk akan plan satu lg aktiviti yg lg best n enjoy... so, stay tune for our next activities... ni adalah beberapa gmbr time kt marina:



Sekian, Wassalam


:: click here for more pictures at Marina Waterpark ::

:: Salam Aidil'adha ::

Assalammualaikum

Sebelum terlewat saya mewakili remaja2 fasa 1D Seri Manjung ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil'adha kepada semua pembaca setia blog 1dboyz ini dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga bergembira bersama keluarga, sanak saudara & sahabat handai...

1D Boyz stories during Aidil'adha

Alhamdulillah, raya haji tahun ini adalah kali yg ke-5 kite bersama-sama raikan. Seperti biasa, tiap2 kali raye haji sudah pasti kite semua akan terlibat dgn aktiviti2 yg dijalankan ketika hari raya haji. Senang cite aktiviti time raye haji ni blh dikatakan special edition sebab aktiviti nie ade bila raye haji je, time lain xde...

So, segala nye bermula pada malam sebelum aktiviti qurban dijalankan kt suku sakat dinand, opsss, silap... suku sakat lembu, tersasur... seperti biase 1dboyz ditugaskan utk menjaga lembu2 yg akan dikorbankan pada keesokkan harinya.. tugas kami senang je, pastikan lembu2 tersebut diikatkan dgn kemas dan tidak terlepas.. klau ade hilang, cnfrm pakcik2 akan cari kami, huhu... disebabkan tugas nye begitu simple, so secara logiknya mesti korng pikir bosan bila nk jg lembu.. tp bg kami 1dboyz, jg lembu ni adalah sesuatu yg best sbb kami ade mcm2 plan gile utk dilakukan utk menghilangkan bosan.. Antara 1dboyz members yg terlibat dlm tugas menjaga lembu kali ni ialah abg.faris, d'sup, cobie, bulat, fahmi, mirul, oggy dan jeli. Jadi, utk aktiviti gile pd mlm jaga lmbu ni ialah bermain laptop salah satunya.. ni adalah favorite smua orng sbb dpt main game.. antara game yg layan ialah Call of Duty Modern Warfare2, Assassin Creed, Left 4 Dead & Prince of Persia.. d'sup dinobatkan sebagai man of the gamer utk mlm tu sbb dpt main jauh mission CoD, tahniah diucapkan.. selain itu, psp juga sdh pasti akan dijadikan mobile game no1 1dboyz.. selain drpda bermain game, kami juga melayan beberapa movie yg blh dikatekn terbaik laa jgk.. kesimpulannya, kami xde la bosan time jg lembu. dgn adanya aktiviti2 gile nie, hehe... ini adalah gambar pada mlm kami menjaga lembu:



Keesokkan pagi nye, main event pn bermula.. aktiviti yg tidak asing lg time raye haji iaitu aktiviti qurban. Utk raya kali ini, sbyak 4ekor lembu akan diqurbankan (seekor terlepas lagi ke melaka).. majlis bermula tepat jam 9 pagi.. alhamdulillah, segala aktiviti korban nie dapat dilaksanakan dgn jayanya.. selepas smua lembu sdh diqurbankan, aktiviti melapah dijalankan.. selesai saje melapah, daging2 lembu tersbut akan dipotong dan diagihkan.. mcm2 gelagat dpt dilihat same ade golongan dewasa, remaja dan juga kanak2 time aktiviti qurban nie dijalankan.. segalanya berkahir pada jam 1230 tgh hari.. terima kasih diucapakn kpd smua yg terlibat utk menjayakan aktiviti qurban nie.. berikut adalah beberapa gambar time aktiviti qurban dijalankan:



Majlis diakhiri dgn jamuan yg makan malam yg diadakan di surau an-nur selepas solat Maghrib.. menu utk jamuan nie adalah bihun sup dan juga sup tulang.. ni adalah gambr cobie sbgi pemakan tulang lembu plang byk (dinand, hati2 dgn cobie.. haha):



Sekian, wassalam

:: more pictures at 1D Boyz Photos Corner ::

:: Selamat Bercuti ::

Assalammualaikum

Salam sejahtera kepada semua orang yang singgah kat blog 1dboyz ini.
Sebelum terlambat abg nak ucapkan:

"Selamat Bercuti Sekolah"

kepada semua yang terlibat dengan persekolahan, termasuklah:
  1. Murid & pelajar
  2. Guru yang mengajar
  3. Makcik/pakcik kantin
  4. Makcik/pakcik tukang kebun & pengekal kebersihan sekolah
  5. Pembantu makmal
  6. Pakcik/makcik jaga (tapi mereka cuti ke?)
Pastinya setiap daripada korang yang bergelar pelajar menanti-nantikan saat ini kan?
Setelah hampir setengah tahun belajar, ujian, dan segala aktiviti yang berpaksikan sekolah pastinya korang mendambakan saat cuti sekolah ini untuk beberapa tujuan antaranya:
  1. Untuk menghabiskan masa bersama keluarga seperti pergi bercuti.
  2. Tidur selepas subuh dan sarapan pada pukul 12:00 tengah hari.
  3. Melupakan langsung buku dan pelajaran yang diajar di sekolah sebelum cuti.
  4. Melakukan pelbagai aktiviti yang amat korang ingin lakukan seperti bercamping atau lain-lain.
  5. Tidak payah lagi mengadap muka guru-guru & kawan-kawan yang pada korang sengal walaupun hanya untuk dua minggu.
  6. Waktu korang bebas dan dapat enjoy dan jalan sepuasnya setelah lama terkurung dalam sekolah (pelajar asrama)
Tapi sebenarnya adakah anda tahu hakikatnya?
Bukan semua dapat menikmati kelazatan cuti ini...

Sesetengah pelajar & guru terpaksa men'liquid'kan perkataan cuti dalam kamus kehidupan masing-masing...

Ya... Bagi golongan ini cuti merupakan hanya satu istilah yang digunakan bagi men'describe'kan keprihatinan pihak tertentu yang pada dasarnya memahami manusia sebagai satu ciptaan Tuhan yang memerlukan rehat & tidak bertindak seperti robot yang setia tanpa rasa jemu melakukan kerja yang sama pada setiap masa. Tapi sebenarnya lorekan oren di kalendar itu hanyalah bertujuan untuk mengaburkan mata kebanyakan orang daripada melihat realiti yang sebenarnya...

Sebenarnya abg cuma ingin meluahkan perasaan bosan abg kt sini... Bg abg cuti sek xde ape2 pn utk abg.. klau blh nk jgk cuti same mcm korng, huhu.. tp x blh.. kelas still on.. mmu x cuti, ipta lain cuti.. tak fair!! Dh la bosan ddk kt melaka nie, xde life.. bosan sebab geng2 time kt diploma semua smbng kt mmu cyber.. abg sorng je sesat kt melaka nie.. mane x bosan... hbs je kelas blk umah mengadap laptop.. main game, serve internet, chating atau pn tido!! selalunya weeknd adalah waktu plng best, tp kt sini weeknd la waktu plng bosan... mmng x tau nk buat ape... arghhhh, klau blh nk blk tiap2 minggu!! huhuhu...

TETAPI / BUT

ini smua akan berakhir bila time cuti raye haji.. abg dpt cuti seminggu (24/11 - 1/12).. so, dlm cuti ni blh la lepas geram segala bosan yg melanda kt melaka ni.. jom sama2 kite plan aktiviti2 yg best time cuti sekolah ni.. antara benda dlm kepala abg yg ingin dijalankn ialah:
  1. Nak settlekan program mega camping yg akan diadakn pd 26-28 Dec... (penting)
  2. Jom main futsal, dh lame x sepak bola nie...
  3. planning ke melaka dgn beberapa geng2 kite (planning dgn dinand)
  4. jalan2 cari makan, tgk wayang...
  5. dan aktiviti2 lain yg best, hehe...
Ini saje cite dr abg yg tgh bosan gile kt sini.. insyaAllah abg akan blk ke manjung pd hr selasa ni.. tiket bas pn dh beli, ambk bas pagi.. ptng dh ade kt manjung.. for infomation korng smua, laptop & psp byk game baru yg best2, layan gile... hehe...akhir kate selamat bercuti semua, jumpa di manjung....

wassalam



:: Peperiksaan…Oooo~ SpM ::

Assalammualaikum


Artikel nie adalah khas ditujukan utk pelajar2 form5 & form6 yg akan menduduki peperiksaan SPM & STPM. Semoga dgn artikel nie sedikit sebyk dpt memberi semangat kpd semua yg akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Special wish utk Bulat: kami doakan kejayaan hang supaya dapat full A1 dlm Spm nie, inysaAllah.. harap2 dh bersedia utk spm.. ni adalah peperiksaan terakhir di zaman sekolah.. lps nie, hang akan masuk ke alam baru yg lebih mencabar... Spm juga adalah antara penentu masa dpn hang... so, buat yg terbaik!! GooD LucK!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
 ( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan. 

Wassalam


Powered by Blogger.