:: Mega Camping ::

Assalammualaikum

Ingin dimaklumkan bahawa program besar remaja-remaja  Fasa 1D, Seri Manjung, Perak akan bermula pada hari ini... Program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam dan akan diadakan di Kuala Woh, Tapah, Perak... Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah jungle trekking, flying fox, persembahan budaya dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan...


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti kami di Kuala Woh, stay tune dengan kami. sehingga hari sabtu... InsyaAllah selesai sahaja program ini, kami akan postkan di blog ini mengenai aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang program di Kuala Woh ini... Doakan kami semua agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya...

note:
sepanjang program dijalankan, blogwaking dr 1dboyz jgk tidak dpt dijalankan...
kami juga tidak dpt update or share info2 dgn anda semua semasa program ini dijalankan...
hopefully, anda semua sentiasa lawat n singgah2 di blog kami nie...
ucapan terima kasih kpd mereka yg blogwaking & klik nuff dkt blog 1dboyz nie...

wassalam

:: Rasulullah SAW ::

Assalammualaikum

Biodata Rasulullah SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
• Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN RASULULLAH SAW

1. Thuwaibah
2. Halimah Al-Saidiyyah

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


wassalam

:: Persoalan Pemuda ::

Assalamualaikum


Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.

wassalam

:: Misteri Yakjuj & Makjuj ::

Assalammualaikum

Tahukah anda bahawa di sebalik pembangunan dan kemodenan di seluruh pelusuk dunia pada hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.

Makhluk itu dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj.

Kewujudan dua makhluk itu adalah benar dan sahih kerana ianya dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.Mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.

Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:

“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.Tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok.Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

jika terdapat mana2 kesalahan fakta atau seumpamanya, sila bg tahu kami...
sesiapa ada cerita yg lebih detail tentang yakjuj & makjuj ini, harap dapat dikongsi bersama...

 sekian, wassalam

:: Tanda-tanda Besar Kiamat ::

Assalammualaikum

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”

Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq” Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

wassalam

:: Mengenali Musuh ::

Assalamualaikum

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionis, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memastikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.

Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel

Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.

Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.

2. Yahudi

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 78:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua.

3. Hebrew

Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.

4. Zionisme


Propaganda Zionis untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut.

Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai perubahan demografi di Palestin hasil rancangan licik mereka boleh dicapai di sini.

MENGENALI MUSUH SEBENAR


Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.

Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.

Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.
 
wassalam 

sumber asal dari sini

:: Bas Sekolah ::

Assalammualaikum

The REALLY Short Bus



Topsy-Turvy Bus Busts Budget



Sky High School Bus


 
Ugliest School Bus





Bus Da Move


 
Bus Stop!

:: Adventures to Alagar ::

Assalammualaikum

ape khabor semua remaja2 dan pembaca2 setia blog rasmi 1dboyz nie?? harap2 semuanya dalam keadaan sihat... kali nie, kami ingin menceritakan kpd remaja2 yg tidak dpt join kami & juga kpd semua pembaca2 blog 1dboyz nie mengenai ekspedisi atau adventures yg telah kami jalankan semasa cuti raye cina nie... plan asalnya kami ingin explore waterfall di sekitar negeri perak mcm kami buat ke trong waterfall pd bln dec yg lepas (anda blh baca disini mengenai aktiviti kami di trong waterfall nie)... tp atas masalah teknikal, kami tukar plan utk pergi mandi sungai alagar, dekat2 dgn beruas...

sebelom bergerak, perlu laa ade persediaan... so, mlm sebelum kami gerak, kami plan utk ape yg perlu dibuat dekat alagar nnti... takkan nak mandi je... setelah berbincang, kami bersetuju nk buat bbq sekali... mlm tu jgk bulat, aidil dan cobie pergi beli barang2 yg sepatutnya seperti sosej, arang, bihun dan lain2 lagi...

awal paginya sekitar jam 8 pagi, kami bergerak dgn 2 biji official car 1dboyz iaitu myvi abg.fadil dan saga bulat... seramai 10 orang remaja yg serta dlm ekspedisi nie... mereka adalah: abg.fadil, abg.topek, abg.muadz, abg.faris, abg.faqih, hafiz, bulat, cobie, aidil dan adham... semua nya tak sabar2 nk mandi sungai sbb cuaca di manjung nie memang panas... malaysia soo hot!! kami tiba di alagar pada jam 9 pagi...

 

setibanya kami disana, beberapa orng dah pn terjun ke dalam sungai... memang lepas gian katekan, hehe... ade juga yg makan sbb terlalu lapar... time tu jgk kami nyalakan api utk bbq... nie beberapa gambar time makan n bbq:


lepas perut semua dh penuh, ape lg... semua terjun ke sungai laa...!! air sungai pn sejuk2 sedap... dpt jgk hilang kepanasan yg dihadapi di manjung, hehe... so, bila dh ade kt dlm sgi, mcm2 aksi lompatan maut kami lakukan... layan beberapa gambar aksi2 yg menarik di alagar nie...:


tu lah beberapa gmbr aksi2 yg menarik lg mengerunkan dr remaja2 1dboyz nie... kami nie memang lasak, tambah2 lg bila nmpk sgi, hehe... blom jmpa air terjun lg, haha... nie plk gmbr penutup kami sebelum plng blk ke manjung... gmbr ramai2:


sekian saje aktiviti kami semasa cuti raye cina nie... insyaAllah selang beberapa minggu dr sekarang, kami akan adakan satu aktiviti besar remaja2 fasa 1d... so, keep in touch with us utk mengetahui aktiviti2 kami seterusnya.... wassalam

... lain2 gambar menarik di alagar boleh dilihat di 1dboyz photo corner ...

Divided We Fall, United We Stand

:: Birthday Aidil aka Dinand ::

Assalammualaikum

We from members of 1D Boyz wish you:

HAPPY BIRTHDAY!!
to you from the bottom of our heart and
may your good times multiply,
till they're flying off the chart!!

... friends for ever ...


wassalam

:: Hari Kekasih atau Valentine's Day ::

Assalammualaikum

... katakan TIDAK kpd hari kekasih ...
... say NO to valentine's day ...

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14hb Februari
pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan
kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.


Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

 
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 3 pendapat berkaitan dengan asal usul hari tersebut.

   Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih
nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.


Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan
besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

   Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun
dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan
juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine' (Daripada Valentinemu) . Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

   Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur'an dan lain-lain lagi.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah
umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama orang kafir seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan dari baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang kafir dan bagi mereka yang meniru budaya orang kafir maka ditakuti dia akan tergolong ke dalam golongan tersebut. Sabdanya:

Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas.

Apabila
seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya kafir. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan orang kafir.


Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tidak dapat dinafikan
sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).  
al-Israa' :32

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam dan hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya orang kafir ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari menguar-uarkan sambutan Hari Valentine ini kepada rakyat di sebuah negara Islam seperti Malaysia ini malah ianya sepatutnya dipergunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

KESIMPULAN

Justeru itu dapat kita rumuskan bahawa sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia ini menyambut Hari Valentine adalah semata-mata bertujuan untuk meniru budaya hedonis yang diimport dari barat. Menurut mereka budaya barat yang sedemikian rupa mencerminkan corak hidup terkini dan paling sesuai pada zaman yang serba moden.

Mereka yang
terkebelakang dalam meniru corak hidup barat ini dianggap jumud serta ketinggalan zaman. Maka kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut untuk mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh mereka, mewarnakan rambut mereka berwarna perang, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.


Bagi mereka dengan mengamalkan cara hidup sedemikian rupa mereka telah berjaya meniru satu kaum yang dianggap serba maju. Sedarlah wahai pemuda-pemudi Melayu, walau sehebat mana kamu meniru gaya hidup barat, mereka tetap melihat kamu sebagai orang Asia yang datang dari dunia ke 3 yang rendah martabatnya berbanding dengan mereka.

Mereka tidak akan melihat
kamu sekalian sebagai setaraf dengan mereka walaupun kamu bersungguh-sunguh ingin mencontohi cara hidup mereka. Oleh itu hendaklah bangsa Melayu berbangga dengan apa yang telah ada pada agama serta adat resam bangsa mereka dan janganlah kita terlalu dikelabui dengan kehidupan duniawi yang berkiblatkan barat seperti sambutan Hari Valentine ini. Firman Allah S.W.T.:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." 
Surah al-Ghaafir: 39

 

wassalam

:: CNY Activities & Plan ::

Assalammualaikum

Ape kabor semua remaja2 di fasa 1d?? lame tak dengar khabar dr korng smua... macam mane dengan sekolah so far?? hope semua nye elok2 and rajin2 laa belajar, hehe... rindu kat korng semua... dengar cite korng bosan gile kt manjung, tak ade aktiviti2 yg menyeronokkan... kt stadium fasa 1d kite pn dh tak ramai yg main bola... betol ke?? huhu... ape laa korng nie, time abg tak ade, semuanya tak ade... bila abg ade, baru la meriah 1dboyz nie... time tu jgk baru laa stadium fasa 1d dipenuhi dengan orang bermain bola... herm, tak ape2... semua nie akan kembali semula... kite akan gegarkan fasa 1d and aktifkan balik 1dboyz, hehe... insyaAllah abg akan blk khamis nie (11.02.2010)... bukan tu saje, otai2 1dboyz lain jgk akan blk iaitu abg.fadil & abg.topek... jadi, bila otai2 nie balik, maka pelbagai idea dh pun kami rancang, hehe... kami akan buat korng semua enjoy time cuti raye cina nie... so, nie nak bg tau beberapa perancangan or announcement mengenai program time raye cina nie dan juga upcoming camping kite...:

T-Shirt
untuk maklumat korng semua, t-shirt 1dboyz telah pun siap... 
insyaAllah korng akan dapat t-shirt tersebut pd hari jumaat...
p/s: kpd yg belum bayar duit baju, silalah bayar kt bob

Jamuan 1st Anniversary Fc 1D Boyz
nie khas utk player2 fc 1d boyz... bulan Jan lepas, genap team kite satu tahun... pelbagai pencapaian telah kite peroleh pd tahun 2009...
so, sempena ulang tahun yg pertama nie, 
kite akan adakan satu jamuan di restoran steamboat, seri manjung...
p/s: confirm kn dgn abg sape yg tidak dpt hadir utk majlis ini

Futsal Friendly Series Game
setelah lame berehat, fc 1d boyz akan kembali beraksi dalam series friendly futsal... insyaAllah kite akan menentang pasukan jiran kite aka our main rival, hehe... hopefully, korng smua cerdas and ready utk game nie... kite akan tebus kekalahan kite pd perlawanan sebelum nie...
p/s: hope semua player2 utama fc 1d boyz dpt beraksi utk friendly nie

Waterfall Adventure
yeah!!! nie sudah pasti yg ditunggu oleh korng smua... tahun lepas kite dh puas enjoy kat terong waterfall... so, insyaAllah cuti raye cina nie kite akan explore waterfall yg lain plk sekitar perak, hehe... plan2!!
p/s: waterfall adventure nie just utk top2 members je..

Mega Camping
(klik pd gambar utk size yg lebih besar)

akhirnya, planning utk mega camping 1dboyz nie berjaya jgk... plan asal nak buat time cuti sekolah lepas tp tidak dpt dijalankan atas masalah2 teknikal... walaubagaimanapun, ianya akan dijalankan pd hujung bulan february nie... hopefully kami dr pihak penganjur mengharapkan SEMUA remaja2 fasa 1d dapat serta dalam camping ini... memang kami rancang yg kami ingin buat satu aktiviti yg boleh kite berkumpul semua... selain itu, aktiviti yg dirancang jg adalah khas utk keseronakkan korng smua... kpd remaja2 lain yg berumur 12 hingga 20 tahun turut dijemput utk serta dlm perkhemahan ini... tempat adalah terhad... lain2 info akan diupdate dari masa ke semasa...

note:
kpd semua fasilitator, meeting akan diadakan pd cuti raye cina nie...
meeting tentatif program akan dibincang pada cuti raye cina nie jgk...
pendaftaran telah pn dibuka dan akan ditutup pd hr selasa (16.2.2010)...
sebarang pertanyaan, boleh diajuakan kpd pihak penganjur...

itu lah beberapa perancangan and annoucement utk program cuti raye cina dan jgk camping kite yg tidak lame lagi... actually yg tulis kat sini hanyalah program besar 1dboyz... selain tu, kite boleh je buat aktiviti lain seperti tengok wayang, ronda2 lumut, makan abc n lain2 lagi... so, korng plan laa ape nk buat time cuti raye cina nie... insyaAllah kami akan jalankan ape yg korng plan... akhir kate, kite jumpa tidak lame lagi and enjoy puas2 during cuti raye cina nie, hehe.... wassalam


:: Nafsu & Seks ::

Assalammualaikum

SEKS adalah satu unsur yang boleh membantu kecemerlangan anda. Justeru, kemampuan untuk meletakkannya pada perspektif yang betul penting supaya ia menjadi seperti garam secukup rasa dalam hidup. Jika mengambilnya secara berlebihan atau melampaui batas, anda akan terbabas di dunia dan akhirat.

Apa yang ditulis ini bukan sangat tips mengenai seks, tetapi lebih kepada peringatan mengenainya. Seks membicarakan mengenai jantina serta sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Antara hikmah penciptaan Allah, kita perlu menggunakannya secara betul. Kita menghormati mereka yang berlainan jenis dan tidak menzalimi mereka.

Seks juga membicarakan kehendak nafsu syahwat agar akhirnya kita mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ia suatu pemandangan mengasyikkan!

Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mengasyikkan? Ia disebabkan benangnya mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu. Akhirnya, tersadai di tempat yang tidak menentu, menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus daripadanya manusia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.

1. Seks adalah keperluan fitrah

Insan perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru, dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun, keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak fitrah, tetapi mencantikkannya. Contohnya, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah bermaksud: “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah al-Baqarah, ayat 223). Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas diharamkan kerana kemudaratannya.

2. Seks adalah amanah

Tubuh adalah amanah anugerah Allah. Justeru, anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang, kemudian dia meletak dan menggunakannya sesuka hatinya? Pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikian juga dengan alat kelamin. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata: “Amanah adalah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini, Allah akan memelihara diri dan keturunannya!”

3. Seks bukan sekadar memuaskan nafsu

Seks yang sebenarnya adalah hubungan kerohanian dan fizikal yang terjalin antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal. Ia dinaungi landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi. Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Allah berfirman bermaksud: “Antara tanda kebesaran Allah adalah Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan-Nya antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah ar-Rum ayat 21). BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik penting untuk menghasilkan seks bermanfaat. Untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati dalam hidup, iaitu, kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

4. Seks yang halal adalah ibadah

Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis :”Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala? Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala!” (Hadis riwayat Muslim)

5. Tidak cukup sekadar memakai kondom

Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Penting bagi mereka memakai kondom agar kaum Hawa terpelihara daripada HIV/Aids. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Ia walaupun dilakukan dengan reda adalah haram dan berdosa.

6. Zina ada padahnya

Antara padahnya kesan negatif di sudut emosi. Dr David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, Scotland membuat kajian selama 10 tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan positif dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan. Malah, kadang kala mereka seperti ini mengalami perubahan negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil daripada perbuatan itu. Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Nabi Muhammad bersabda: “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri pada wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka!” (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim)


Wassalam

:: Umat Islam, Yahudi & Israel ::


Assalammualaikum


Firman Allah SWT, “Kamu tidak akan mendapati di kalangan manusia yang paling tamakkan kehidupan dunia melebihi daripada golongan musyrikin (yang menyembah patung sapi). Setiap dari mereka mahu diminta diberikan kehidupan selama seribu tahun (di dunia ini), tetapi kehidupan selama itu tidak akan menyelamatkan diri daripada azab. Allah melihat apa yang mereka lakukan” [Al-Baqarah (2):96].


Ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi yang mana ayat sebelumnya [Al-Baqarah (2):92-95] mengisahkan kaum Bani Israel yang dipimpin oleh Nabi Musa as. yang telah diselamatkan daripada Firaun oleh Allah setelah menyeberangi Laut Merah dan menetap di semenanjung Sinai, tetapi kemudiannya menyembah patung sapi (lembu) lalu menjadi musyrik.

Ini memberitahu kita bahawa kaum Yahudi sangat tamakkan kehidupan dunia, dan mereka akan meminta kehidupan selama seribu tahun dengan sifat tamak mereka. Sekiranya cintakan dan tamakkan dunia, maka ini bererti mereka takutkan mati, dan tidak mahu berperang ke jalan Allah dalam menegakkan kalimah Allah yang dibawa oleh Nabi Musa as., sebab kematian bererti akhirnya kehidupan dunia buat selama lamanya. Tidak pernah kita dengar di dalam tentera Israel terdapat skuad pengebom berani mati.


“Katakanlah: Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan monyet dan babi” [5:60]. ”


Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak dekat laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu (Sabbath), di waktu datang kepada mereka ikan-ikan mereka terapung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikian Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik” [Al-A’raf (7):163] ”


Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya, Jadilah kamu monyet yang hina”.
[Al-A’raf (7):166].



Ayat-ayat di atas adalah mengenai kaum Yahudi yang melanggar peraturan pada hari Sabbath (Sabtu) dan pergi menangkap ikan pada hari tersebut. Mereka ini terkenal dengan kaum yang sentiasa melanggar perintah Allah dan mereka ini dilaknat oleh Allah dan ditukar menjadi monyet dan babi.

Di dalam sejarah Daulah Islam, tidak pernah ada peperangan di mana kaum Yahudi menyerang umat Islam dan kaum Yahudi menang. Di dalam perang Khandaq contohnya, kaum Yahudi Bani Quraizah di Madinah menjadi pembelot dan berserta dengan kaum musyrikin dari Makkah untuk memerangi umat Islam di Madinah pada masa itu. Kesemua kaum Yahudi yang ada dikalahkan oleh tentera Islam dan sebagai hukuman, mereka dihalau keluar dari tempat mereka masing-masing. Setelah Daulah Khilafah diruntuhkan pada tahun 1924, barulah kaum Yahudi ‘berjaya’ dalam peperangan mengalahkan tentera Arab di Timur Tengah dan mendirikan negara Israel pada tahun 1948. Diikuti dengan perang pada 1956, di mana Mesir mengusir Perancis, Britain dan Israel daripada Terusan Suez, tetapi ini disebabkan oleh tekanan Amerika Syarikat terhadap Britain dan Perancis.

Dalam perang ini, Jamal Abdul Nasser dilihat sebagai wira nasionalis Arab, sehinggakan semasa pengebumian Nasser, seramai 4 juta penduduk telah keluar dari bandar Kaherah menghadiri pengebumiannya. Kemudian berlaku perang 1967 dan 1973 atau dinamakan Perang Yom Kippur, di mana sekali lagi Israel mengalahkan Mesir dan sekali gus menjelmakan imej bahawa Israel tidak dapat dikalahkan. Tetapi perlu diingatkan bahawa perang-perang tahun 1956, 1967 dan 1973 berlaku bukanlah perang jihad untuk membebaskan Palestin daripada penguasaan Yahudi. Dan memang benar perang tersebut bukanlah perang jihad untuk membebaskan bumi umat Islam daripada penguasaan Yahudi, sebab sekiranya tentera negara-negara Arab tersebut berjihad menentang Israel maka mereka akan dilabel sebagai terroris, sebab jihad adalah perkataan yang paling ditakuti oleh golongan kafir harbi.

Mohammed Heikal di dalam buku tulisannya yang bertajuk “The Road to Ramadhan”, mempunyai makna yang mengatakan peperangan tahun 1967 dan 1973 bukanlah jihad untuk membebaskan Palestin tetapi mempunyai objektif nasionalisme Arab. Perang tersebut telah menyaksikan tentera Mesir telah berjaya menjangkaui tembok Bar Lev di Semenanjung Sinai yang dibina oleh Israel setelah dirampas oleh Israel dalam peperangan 1967, yang dikatakan sebagai tembok kebal yang dikawal oleh tentera Israel tidak akan berjaya dijangkaui oleh mana-mana ketenteraan.

Kemaraan tentera Mesir yang melakukan serangan kilat pada tahun 1973 dan menjangkaui tembok Bar Lev adalah di luar dugaan sama sekali. Keadaan ini telah menjadikan Israel kucar-kacir dan cemas, sebab mereka memikirkan bahawa tentera Mesir akan mara sampai ke Tel Aviv setelah berjaya melangkah tembok tersebut. Tetapi pengkhianatan beberapa pemimpin Mesir yang mengarahkan tentera mereka berpatah balik telah mengakibatkan tentera Israel berjaya memukul tentera Mesir yang berpatah balik itu dengan kapal terbang pengebom. Hal ini menyebabkan ramai tentera Mesir terbunuh di dalam peperangan berkenaan.

Dunia Islam kemudiannya ditakutkan bahawa tentera Israel adalah kuat kerana disokong oleh US yang dikatakan kebal dan tidak boleh dikalahkan, walaupun ada jutaan umat Islam yang mahu mempertaruhkan nyawa mereka untuk berjihad melawan Israel. Di Iran sahaja, dilaporkan bahawa sudah lebih daripada 20,000 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka sebagai pengebom berani mati untuk melawan Israel.

Semasa ancaman US terhadap Iran disebabkan oleh program nuklear Iran, lebih daripada satu juta pemuda dan pemudi di Iran telah menawarkan diri untuk menjadi pengebom berani mati untuk melawan US sekiranya US menyerang Iran. Tetapi disebabkan setiap negara tidak mahu dilabel sebagai negara pengganas oleh US dan sekutunya, maka pemerintah yang khianat tidak membenarkan seorang sukarelawan mahupun tentera mereka untuk pergi ke Israel.

Strategi perang US dan Israel ke atas umat Islam adalah sama sahaja. Semasa perang Iraq lepas, setelah sekatan ekonomi selama lebih daripada 10 tahun ke atas Iraq dan juga pemusnahan senjata pemusnah besar-besaran di Iraq oleh United Nations, barulah US berani melancarkan perang untuk menawan Iraq dalam pada bulan Mac 2003.

US mengetahui bahawa Iraq telah lama tersepit oleh kekurangan bekalan makanan dan ubatan, dan pemusnahan segala jet-jet pejuang dan senjata pemusnah besar-besaran telah dilakukan oleh badan dunia UN, maka kerana inilah US berani melancarkan perang ke atas Irak. Juga pada tahun 2001, US melancarkan perang menawan Afghanistan, US telah lama mengetahui bahawa Afghanistan tidak mempunyai apa-apa infrastruktur perang seperti kilang membuat senjata berat, pusat simpanan senjata dan lain-lain. Ini menjadikan US begitu berani menyerang dan menawan dua negara Muslim yang ’lemah’ dan dilemahkan iaitu Iraq dan Afghanistan. Lagipun Pakistan telah membenarkan US menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan terhadap Afghanistan pada masa itu.




Kemudiannya, Israel pula melancarkan perang ke atas Gaza, setelah Gaza disepit oleh kekurangan makanan dan bekalan ubat-ubatan sejak sekian lama. Sedikit sebanyak strategi ini sama dengan strategi US menawan Afghanistan dan Irak pada tahun-tahun 2001 dan 2003. Pendudukan tentera Israel di selatan Lebanon selama beberapa tahun telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah, dan Israel terpaksa keluar dari selatan Lebanon pada tahun 1999.

Pengeboman oleh jet-jet pejuang Israel di Qana’a , Lebanon juga telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah. Pada tahun 2006 pula mereka melancarkan pengeboman ke atas Lebanon dan kali ini diikuti serangan darat bagi menceroboh bumi Lebanon untuk menghancurkan Hizbullah sekaligus. Tentera Lebanon tidak membantu Hizbullah dalam peperangan ini, selain daripada mengeluarkan mayat-mayat daripada timbunan runtuhan bangunan dan menghantarkan penduduk yang cedera ke hospital.

Dikatakan juga, di kalangan tentera Hizbullah, terdiri daripada orang awam seperti pembuat roti, pekedai, pekerja restoran, pelajar kolej, pemandu teksi dan lain-lain yang sukarela berjihad melawan tentera Israel ketika itu. Setelah tentera Israel mengalami kehilangan jiwa anggotanya yang ramai, mereka terpaksa berundur dari selatan Lebanon sekali lagi. Selepas perang itu, terdapat suatu pungutan suara di kalangan negara-negara Timur Tengah, yang telah meletakkan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah sebagai pemimpin yang paling dikagumi di rantau Timur Tengah.

Setelah peperangan tersebut berakhir, beberapa pegawai tentera Israel telah meletak jawatan di atas kegagalan tersebut. Setelah menyedari kejayaan tentera Hizbullah yang berjihad mempertahankan Lebanon daripada pencerobohan tentera Israel, maka Hizbullah dilabel sebagai puak terroris sebagai propaganda US di dalam perang menentang keganasan atau “War on Terror”.

Justeru, sekiranya tiada pengkhianatan dari kalangan pemerintah umat Islam sekarang kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin, telah lama Amerika dan Yahudi ini hancur diperangi oleh tentera-tentera umat Islam. Selain daripada perintah menyediakan keupayaan ketenteraan sekuat-kuatnya di dalam surah al-Anfaal ayat 60, Allah juga berfirman di dalam Al-Quranul Kareem:


“Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti”
[An-Anfaal (8):65].




Namun ternyata, pemerintah yang ada tetap berpegang kepada hukum kufur dan tetap membelakangkan hukum Allah. Sungguh azab Allahlah yang paling layak bagi mereka dan mereka pasti akan mendapatkannya. Wallahu a’lam.
Powered by Blogger.