:: Menempah Kemurkaan Allah ::

Assalammualaikum


Dalam jalur hubungan secara mendatar di antara sesama manusia, dari segi tertib dan prioriti, hubungan dengan ibu bapa mempunyai martabat yang khusus dan tinggi. Bagi anak, dia hendaklah meletakkan pada kedudukan yang tinggi dan istimewa martabat kemuliaan ibu bapa dan wajib mendahulukan mereka sebelum orang lain dalam berbuat bakti selepas Allah Ta‘ala dan RasulNya. Kemuliaan dan ketinggian martabat ibu bapa itu bukan diangkat oleh siapa-siapa tetapi diangkat dan dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, sehinggakan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

 “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Sebab apa Allah mengangkat martabat ibu bapa? Kerana ibu dan bapa sangat besar jasanya kepada kita. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Dengan susah payah ibu kita mengandungkan dan melahirkan. Kemudian ibu bapa kita mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang. Oleh itu, dalam membina hubungan sesama manusia, ibu bapa mestilah mendapat keutamaan lebih daripada orang lain. Sangat ganjil rasanya jika seseorang mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain seperti kawan-kawan di pejabat, di sekolah dan sebagainya, akan tetapi hubungan dengan ibu bapa sendiri diabaikan, apatah lagi jika diderhakai.

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ianya merupakan tuntutan syara‘. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ‘ain. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ‘ain maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri, dan perkara berbuat baik kepada keduanya itu bukanlah suatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya.

Tuntutan ini banyak dijelaskan melalui dalil-dalil syara‘, di antaranya sebagaimana terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)

 Di dalam ayat yang lain Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang tafsirnya :

 “Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” (Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

 Sementara dalil-dalil yang terdiri daripada hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menegaskan tentang perkara ini, di antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya :

“Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya:
 “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?”
Beliau menjawab: “Ya”,
Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadits di atas memberi petunjuk hukum bahawa berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu adalah lebih diutamakan berbanding tuntutan berjihad pada jalan Allah, kerana berjihad pada jalan Allah itu merupakan tuntutan fardhu kifayah (apabila sebahagian orang melakukannya maka gugurlah tuntutan kepada sebahagian yang lain), sedangkan berbuat baik dengan kedua ibu bapa itu merupakan tuntutan fardhu ‘ain, di mana setiap orang mesti melakukannya. Fardhu ‘ain lebih kuat atau lebih tegas tuntutannya berbanding fardhu kifayah. Oleh itu wajib bagi setiap orang berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya.
 
Wassalam

:: Jamuan Raya 1D Boyz ::

Assalammualaikum

Alhamdulillah, last minit punye plan dapat juga jamuan raya untuk 1D Boyz dijalankan. Jamuan raya ini adalah yang pertama dijalankan dibawah nama 1D Boyz (tahun2 sebelum ni ada gak buat, cuma bukan atas nama 1D Boyz je). Disebabkan jamuan raya ini di organize kan oleh abg.faris, maka jamuan raya ini diadakan di rumah beliau (untuk maklumat kpd sesape yg tak tau, rumah no81, fasa 1D2 adalah umah abg.faris). Plan asalnya nak buat sebelum Zohor, tp tak sempat coz makanan belum siap. So, jamuan bermula pada pukul 215 pm. Alhamdulillah, ramai remaja2 1D Boyz dapat hadir untuk memeriahkan majlis ini walaupun tanpa beberapa member top kite (bulat, cipan, kecik). Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga tahun depan kita akan dapat buat majlis seperti ini lagi, insyaAllah. Berikut adalah beberapa gambar pada jamuan ini:-


More pictures at 1D Boyz Photos Corner

Wassalam

:: Salam AidilFitri ::

Assalammualaikum
--
Alang-alang abg tengah ada masa & mood untuk update blog kita ini, abg nk post je ucapan Salam Aidil Fitri kepada semua. So, dengan kesempatan yang ada, abg mewakili 1D Boyz ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kaum keluarga kita, sahabat2 kita, pakcik n makcik serta antara 1D Boyz sendiri. Kami semua meminta seribu kemaafan jika sikap kami yang terlalu kasar, terlanjur kata atau apa2 yang mengguris hati & perasaan. Kami semua akan cuba menjadi remaja2 yang terbaik dan soleh. Halalkan makan & minum kami. Semoga kita semua akan bergembira menjelang Aidil Fitri kali ini.
--
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesempatan ini juga, abg sendiri ingin meminta seribu kemaafan kepada adik-adik semua kalau abg ada terkasar bahasa, terlalu memaksa, mengguris hati & perasaan atau apa2 saje yg salah abg lakukan kepada adik-adik semua. Halalkan makan & minum abg. Abg juga memaafkan semua salah laku adik2 semua. Semoga persahabatan yang kita jalinkan akan terus berkekalan & diredhai Allah. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf, zahir & batin. 1D Boyz forever!!!
 Wassalam

:: Majlis Khatam Quran ::

Assalammualaikum
--
Alhamdulillah, hari ini (17/09/09) genap kita berpuasa 27 hari. Tidak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. So, sebenarnya abg malas nak tulis panjang & takde idea nak tulis apa, just nak post gambar2 pada Majlis Khatam Quran. Seperti bulan Ramadhan2 sebelum ini, 1D Boyz sudah pasti akan mengadakan aktiviti bertadarus Al-Quran. Setelah selesai 30 juzuk, satu majlis khatam Quran akan diadakan bersama pakcik2 kita. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Surau An-Nur yang memberi cendarahati kepada peserta2 tadarus. Ini adalah beberapa screen shot pada majlis tersebut:-
--
 
 --
Gambar2 lain ada di website 1D Boyz Photo Corner
--
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mencari Malam Lailatul Qadar
Seperti yang kita semua tahu, 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, satu malam yang dijanjikan Allah penuh dengan keampunan, keberkatan & pahala berlipat ganda iaitu malam Lailatul Qadar. Dengan itu, ajk Surau An-Nur telah mengadakan qiamullail pada malam ke-27. (kebetulan malamnya hujan serta sejuk penuh kenikmatan, antara tanda2 malam Lailatu Qadar). Dengan kesempatan ini, 1D Boyz turut serta dalam aktiviti qiamullail ini demi mencari malam Lailatul Qadar. Semoga kita semua akan mendapat malam tersebut.
--
Wassalam
 --
 

:: Final Match of Ramadan League ::

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.

:: Kartun - Rasuah ::

Assalammualaikum
-
 
 -
Wassalam

:: GooD LucK UPSR Students ::

Assalammualaikum
-
Tak lama lagi adik-adik kita yang ditahun enam(12thn) akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan dijalankan pada hari Selasa (8/9) sehingga Rabu (10/9). So, dikesempatan ini, abang ingin mengucapkan GooD LucK kepada adik-adik kita dalam 1D Boyz iaitu kecik, sumo, chick & c'kodok serta kepada semua pelajar-pelajar tahun enam yang turut menduduki peperiksaan UPSR. Semoga korang semua akan dapat menjawab soalan dengan tenang & mendapat keputusan yang cemerlang. Pastikan segala persiapan telah disiapkan, mintak maaf dengan semua orang especially ibu bapa kita & yang paling penting jangan tinggalkan ibadah kita. InsyaAllah, dengan semua ini, adik-adik semua akan berjaya dalam peperiksaan UPSR. Ini antara doa yang boleh diamalkan :-
[New+Picture+(6).jpg] 
INGAT, selepas sahaja selesai peperiksaan, JANGAN lupa diri. Istiqamah dalam amalan-amalan kita. Jangan melakukan perkara2 baik bila nak upsr je, lepas tu lupa diri.  
 -
Wassalam

:: Mari BerTeka-Teki ::

Assalammualaikum
-
Dalam post kali ini apa kata kita sama-sama menguji tahap IQ kita dengan menjawab beberapa teka-teki dibawah:-
  1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
  2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
  3. Apa yang paling besar didunia ini ?
  4. Apa yang paling berat didunia ?
  5. Apa yang paling ringan di dunia ini ?
  6. Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Itulah enam teka teki yang boleh anda cuba. Jawapan ada dibawah, tetapi jujurkan lah diri anda dengan mencuba menjawab teka teki ini dulu sebelum melihat kepada jawapannya. Semoga dengan teka teki ini akan bertambah IQ kita berserta tahap keimanan & keinsafan kita bersama, insyaAllah...

Wassalam
----------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan bagi teka-teki diatas:
  1. MATI sebab tu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
  2. MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
  3. HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
  4. MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
  5. MENINGKALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
  6. LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

:: 1D Boyz Photo Corner ::

Assalammualaikum...
 -
Di atas permintaan ramai, dengan ini abg telah membuka satu website khas untuk gambar-gambar kita bersama. So, dekat website ini, korang semua boleh tengok segala gambar aktiviti-aktiviti @ kenangan kita bersama. Ni adalah address untuk website tersebut:

---
http://1dboyzphotoconner.shutterfly.com/
---
 
Selamat melayari
 -
wassalam...
klau korng ade ape2 cadangan @ idea2 yg lain utk memeriahkan lg blog kite nie, bg tau kt abg.. InsyaAllah abg cuba yg terbaik utk blog kite bersama...
Powered by Blogger.